Harian Metro

PULAU SERBA LENGKAP

Tioman miliki elemen pilihan peminat aktiviti lasak kerana memiliki pantai, gunung serta air terjun

- Oleh Daraizati Debon rencana@hmetro.com.my

Melengkapk­an kunjungan ke semua jeti Pulau Tioman antara impian penulis.

Bagi penulis, setiap jeti atau kampung yang ada di pulau ini memiliki keunikan tersendiri.

Baru-baru ini ketika berada di pulau itu, bukan saja berpeluang ke jeti Kampung Tekek dan jeti Kampung Salang malah penulis turut ke Kampung Mukut.

Namun kampung itu agak asing bukan sahaja kepada pelancong asing malah kepada rakyat Malaysia sendiri.

Untuk sampai ke sana anda perlu menaiki feri ke jeti Kampung Genting sebelum menaiki bot ke jeti Kampung Mukut dengan sedikit bayaran tambang

Keunikan Kampung Mukut adalah Gunung Nenek Semukut atau

Dragon Horn yang kelihatan ‘berdiri tegak’ selain cukup popular dalam kalangan pendaki tembok luar negara.

Kebiasaann­ya dikatakan dua jam mendaki sementara turun dari puncak pula hanya memakan masa kirakira satu jam.

Tempat permulaan mendaki terletak berhampira­n dengan Simukut Place Chalet yang juga ‘penjaga’ gunung itu. Bayaran RM50 (tanpa juru pandu) dan RM80 (dengan juru pandu).

Terdapat beberapa laluan pendakian memerlukan kita menggunaka­n kekuatan tangan untuk mendaki ke atas.

Penat sudah tentu tambahan pula sudah lama penulis meninggalk­an aktiviti ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) dilaksanak­an tapi apabila sampai ke ‘checkpoint’ (titik semak) 8, kepenatan itu terubat apabila dihidangka­n dengan pemandanga­n menakjubka­n. Di sebelah kanan ‘berdiri tegak’ Dragon Horn yang menjadi bualan pendaki.

Bagi pendaki biasa, kami hanya dibenarkan singgah hingga ke ‘checkpoint’ 1 hingga 10 saja atas faktor keselamata­n tapi sekiranya anda pendaki tembok, anda boleh meneruskan pendakian hingga ke puncak gunung.

Selain itu, sekiranya bernasib baik, anda akan dapat melihat bunga rafflesia berkembang mekar di Rafflesia

Point. Malangnya ketika kunjungan saya, kami hanya dapat melihat putik tumbuhan itu.

Selain itu, Kampung Mukut juga terkenal dengan Air Terjun Asah yang menjadi daya tarikan pelancong ke sini.

Untuk ke sini, anda boleh menunggang motosikal atau berjalan dari penginapan anda sama ada dari Japamala Reaort, Tunamaya Resort, Bestreat Resort, Minang

Cove atau dari Kampung Mukut.

Penulis menyebut mengenai penginapan ini kerana ada jalan darat menuju ke air terjun itu. Anda juga boleh menyewa bot ke Air Terjun Asah.

Bagaimanap­un, penulis bersama rakan menaiki bot yang sudah tersedia dalam pakej. Sebaik turun dari jeti Kampung Asah (kampung ini sudah tiada penduduk) anda perlu berjalan kirakira 20 minit sebelum disajikan dengan air terjun yang mengasyikk­an.

Sepanjang bercuti ke mana-mana pulau di negara ini, ini adalah kali pertama penulis menjumpai air terjun di dalam pulau sekali gus antara alasan kedua penulis memilih ke Kampung Mukut.

Alasan ketiga adalah keindahan Kampung Mukut tidak hanya terbatas dengan air laut saja kerana di belakang chalet kami terdapat sungai yang dinamakan Sungai Temu Jodoh.

Airnya mengalir jernih tanpa sebarang pencemaran. Penulis tidak melepaskan peluang untuk ‘berkubang’ kali kedua di sini.

Uniknya, air di sini tidak payau berbanding pulau-pulau lain. Jika tidak silap, sungai di Kampung Mukut ini membekalka­n air untuk kegunaan di keseluruha­n Pulau Tioman.

Biarpun terletak di selatan hujung Tioman, Kampung Mukut sememangny­a terasing. Talian telefon hanya ada pada awal pagi dan tengah malam.

Walaupun begitu ia dilengkapi dengan kemudahan awam seperti sekolah, masjid, balai polis dan klinik. Bagi yang sukakan ketenangan di sini tempatnya.

Penulis sempat meluangkan masa berjalan ke hujung tanjung. Pantainya menarik ibarat pantai persendiri­an.

Tidak lengkap rasanya percutian jika ke pulau tidak melakukan aktiviti selam snorkel. Penulis dibawa ke beberapa lokasi selaman menarik termasuk di Pulau Rengis dan Taman Laut Tioman.

Biasanya pengunjung akan dibawa ke kawasan Kampung Salang namun di Pulau Renggis juga tidak kurang menariknya kerana terdapat puluhan sarang ikan ‘nemo,’ terumbu karang dan ikan gerong belang.

Tapi penulis lebih teruja di sini (Kampung Mukut) kerana ikan ‘parrot,’ ikan gerong belang, ikan todak dan sotong bermain-main di bawah jeti.

Bagi penulis, ini antara percutian paling manis kerana dapat menggabung­kan tiga elemen kesukaan dalam satu masa iaitu mendaki gunung, air terjun dan selam snorkel.

 ??  ?? PEMANDANGA­N menarik di Kampung Mukut sentiasa dalam ingatan penulis.
PEMANDANGA­N menarik di Kampung Mukut sentiasa dalam ingatan penulis.
 ??  ?? PEMANDANGA­N sepanjang mendaki
PEMANDANGA­N sepanjang mendaki
 ??  ?? KEINDAHAN pemandanga­n di Gunung Nenek Semukut
KEINDAHAN pemandanga­n di Gunung Nenek Semukut
 ??  ?? AIR terjun Asah menjadi tarikan pelancong ke Kampung Mukut
AIR terjun Asah menjadi tarikan pelancong ke Kampung Mukut
 ??  ?? KAMPUNG Semukut turut menjadi tumpuan kaki pancing
KAMPUNG Semukut turut menjadi tumpuan kaki pancing
 ??  ?? AKTIVITI selam snorkel di Pulau Rengis
AKTIVITI selam snorkel di Pulau Rengis
 ??  ?? PUTIK bunga Rafflesia
PUTIK bunga Rafflesia
 ??  ?? KEINDAHAN pemandanga­n pada waktu malam di Kampung Mukut
KEINDAHAN pemandanga­n pada waktu malam di Kampung Mukut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia