Harian Metro

JAGA RUTIN HARIAN

Tabiat buruk ketika hamil boleh pengaruhi kesihatan kandungan

-

“Mulut boleh dipengaruh­i perubahan hormon ketika mengandung. Sesetengah wanita mengalami keadaan yang dikenali sebagai gingivitis kehamilan, sejenis keradangan pada gusi yang boleh menyebabka­n bengkak dan mudah berdarah apabila memberus atau menggunaka­n flos.

“Jika tidak dirawat, gingivitis boleh menyebabka­n penyakit gusi yang lebih serius.

Oleh itu, doktor gigi mungkin mengesyork­an pembersiha­n lebih kerap untuk mengelakka­nnya lebih teruk,” katanya.

Selain itu, Dr Anas Ramadhan berkata, ibu hamil juga lebih cenderung berdepan risiko gigi berlubang kerana beberapa sebab termasuk makan lebih banyak karbohidra­t daripada biasa.

“Ini boleh menyebabka­n kerosakan. Mual di pagi hari dapat meningkatk­an jumlah asid yang terkena mulut anda hingga boleh memakan bahagian luar gigi anda (enamel).

“Refluks asid akibat muntah boleh mendedahka­n gigi menjadi lebih terdedah kepada gigi berlubang,” katanya.

Mengulas lanjut, memberus dua kali sehari dan melakukan flos mungkin terabai ketika kehamilan kerana banyak sebab, termasuk mual pagi, refleks muntah yang lebih sensitif, gusi lembut dan keletihan.

“Amat penting untuk menjaga rutin anda, kerana tabiat buruk semasa kehamilan dikaitkan dengan kelahiran pra matang, sekatan pertumbuha­n intrauteri­n, diabetes kehamilan dan preeklamsi­a,” katanya.

Jelasnya, terdapat juga dalam kalangan ibu hamil berdepan ketumbuhan kehamilan (Pregnancy Tumor).

“Pertumbuha­n tisu yang dipanggil tumor kehamilan muncul di gusi, paling kerap pada trimester kedua.

“Ia bukan barah tetapi hanya pembengkak­an yang berlaku paling kerap antara gigi. Ia mungkin berkaitan dengan plak berlebihan dan gusi mudah berdarah serta mempunyai penampilan seperti kemerahan.

“Keadaan itu biasanya hilang selepas bayi anda dilahirkan, tetapi jika perlu berbincang­lah dengan doktor gigi anda untuk membuangny­a,” katanya.

Terdapat ubat-ubatan yang sesuai digunakan untuk merawat masalah gigi yang dihadapi ibu mengandung.

“Pastikan doktor gigi diberitahu ubat-ubatan preskripsi dan ubat ‘overthe-counter’ kerana ini akan membantu doktor gigi menentukan jenis preskripsi yang sesuai bagi ibu mengandung.

“Doktor gigi boleh berunding dengan doktor perubatan untuk memilih ubat-ubatan seperti ubat penghilang rasa sakit atau antibiotik yang boleh diambil dengan selamat ketika kehamilan.

“Jadi pastikan berbincang mengenai ubatubatan yang dicadangka­n doktor perubatan dan doktor gigi sebelum mengambiln­ya kerana ada ubat tertentu yang boleh menyebabka­n keguguran kandungan,” katanya.

Dalam pada itu, rawatan seperti cabutan gigi, rawatan akar, surgeri geraham bongsu dan apaapa rawatan membabitka­n pendarahan dalam mulut hendaklah dilakukan ketika trimester kedua sahaja.

 ??  ?? PENTING untuk ibu hamil menjaga rutin penjagaan gigi.
PENTING untuk ibu hamil menjaga rutin penjagaan gigi.
 ??  ?? RAWATAN untuk ibu hamil sesuai ketika berada di trimester kedua.
RAWATAN untuk ibu hamil sesuai ketika berada di trimester kedua.
 ??  ?? REFLUKS asid akibat muntah menjadi penyebab masalah gigi berlubang.
REFLUKS asid akibat muntah menjadi penyebab masalah gigi berlubang.
 ??  ?? CONTOH kerosakan gigi yang dialami ibu hamil.
CONTOH kerosakan gigi yang dialami ibu hamil.
 ??  ?? DR Anas Ramadhan
DR Anas Ramadhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia