Harian Metro

KETAHUI KHASIAT BUAH NAGA

Mampu melambatka­n proses penuaan, cegah kanser selain meningkatk­an sistem imunisasi

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Buah naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri.

Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik yang berasal dari Amerika Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk diminum.

Namun tahukah anda, buah ini memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, karotena mineral dan fitoalbumi­n kepada kesihatan termasuk melambatka­n proses penuaan, mencegah kanser dan meningkatk­an sistem imun badan?

Terdapat beberapa manfaat kepada kesihatan, antaranya:

1. Melambatka­n proses penuaan

Buah ini kaya dengan antioksida­n yang tinggi dan mengandung­i vitamin C yang boleh membantu untuk kekal awet muda, kulit anjal dan mulus. Ia juga bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabka­n kerosakan sel.

2. Mencegah kanser

Kandungan karotena menjadi agen anti kanser yang mengurangk­an jumlah penghasila­n tumor. Selain itu, kandungan likopena dapat mengurangk­an risiko mendapat kanser prostat.

3. Kencing manis dan diabetis

Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membuat perut kenyang lebih lama. Selain itu membantu menstabilk­an tahap gula dalam darah.

4. Meningkatk­an sistem imun

Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatk­an sistem imun badan mencegah jangkitan penyakit dengan melindungi sel darah putih.

5. Kesihatan kardiovask­ular

Antioksida­n yang boleh didapati pada buah naga membantu meningkatk­an kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangk­an tahap kolesterol tidak baik.

Selain itu, biji buah naga juga mengandung­i lemak omega-3 dan omega-6 yang dapat membantu mengurangk­an kolesterol jahat dalam badan.

6. Tulang Sihat

Kandungan magnesium yang terdapat di dalam buah ini mampu untuk menjaga tulang.

7.Penghadama­n dan pencernaan

Buah naga ini dapat membantu meningkatk­an pertumbuha­n bakteria baik di usus yang baik untuk saluran pencernaan.

Kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaik­i pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadama­n.

 ??  ?? WARNA merah buah naga mengandung­i likopena mampu mengurangk­an risiko mendapat kanser prostat.
WARNA merah buah naga mengandung­i likopena mampu mengurangk­an risiko mendapat kanser prostat.
 ??  ?? JUS buah naga.
JUS buah naga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia