Harian Metro

Moyes, dua pemain positif Covid-19

Bakal ikuti protokol Kesihatan Awam England bersama Diop, Cullen

- AFP

Pengurus West Ham, David Moyes dan dua pemain kelab itu, Issa Diop serta Josh Cullen didapati positif Covid-19 sebelum bermulanya perlawanan Piala Liga bertemu Hull yang menyaksika­n Hammers mencatat kemenangan 5-1.

Pasukan perubatan West Ham dimaklumka­n keputusan ujian itu ketika Moyes dan barisan pemainnya berada di Stadium London untuk melakukan persediaan bagi perlawanan pusingan ketiga.

Diop dan Cullen tersenarai di dalam perlawanan itu dan kedua-duanya kemudian digugurkan daripada senarai asal.

“Pengurus dan kedua-dua pemain kemudian meninggalk­an stadium dan kembali ke rumah. “Ketiga-tiga mereka yang tidak mempunyai sebarang simptom akan mengikuti protokol Kesihatan Awam

England dan Liga Perdana,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Perlawanan diteruskan seperti dirancang dengan penolong pengurus West Ham, Alan Irvine mengambil alih tugas membimbing pasukan.

Sebastien Haller dan Andriy Yarmolenko masing-masing menjaringk­an dua gol dan Robert Snodgrass turut meledak satu gol untuk West Ham.

Dalam aksi berasingan, Manchester

United menepati ramalan selepas mencatat kemenangan selesa menewaskan Luton Town, 3-0.

Bagaimanap­un, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer terpaksa menunggu sehingga minit ke-44 untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi penalti Juan Mata sebelum pemain gantian, Marcus Rashford menggandak­an jaringan di minit ke-88 disusuli gol ketiga dari Mason Greenwood pada masa kecederaan.

Newport County pula melakar kejutan mengatasi Watford, 3-1 manakala West Bromwich Albion tewas kepada Brenford 4-5 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa sebenar perlawanan.

 ??  ?? MOYES
MOYES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia