Harian Metro

Suarez disiasat isu tipu ujian nak ke Juventus

-

Perugia: Polis Itali menyiasat dakwaan bahawa Luis Suarez melakukan penipuan ketika ujian kewarganeg­araan Itali dalam usaha untuk mempercepa­tkan proses perpindaha­nnya ke Juventus.

Suarez terbang ke Perugia minggu lalu dan lulus ujian kewarganeg­araan untuk mempercepa­tkan perpindaha­nnya ke gergasi Serie A itu.

Sekalipun kata sepakat sudah dicapai bersama kelab, Suarez kini berdepan kontrovers­i terbaharu selepas dia dilaporkan melakukan penipuan dalam ujian berkenaan.

Media Itali melaporkan Suarez sudah mengemukak­an soalan lebih awal dan lulus ujian bahasa peringkat B1 selepas mengetahui jawapannya dengan siasatan kini sedang berjalan.

Media Repubblica memetik kenyataan seorang pegawai berkata: “Dia tidak tahu bercakap sepatah pun perkataan Itali.

“Jika wartawan bertanya kepadanya beberapa soalan, dia pasti tidak dapat menjawabny­a. Dia bakal memperoleh gaji 10 juta Euro (RM48.3 juta) setahun, jadi dia perlu melepasi ujian ini.”

Pihak polis kini sedang mengumpul segala dokumen dari Universiti Perugia di mana Suarez mengambil ujian itu dan pemain berkenaan bakal berdepan tindakan undang-undang yang berat daripada Pendakwa Raya Perugia.

Difahamkan, Barcelona pula bersetuju membenarka­n Suarez menyertai seteru La Liga, Atletico Madrid. Suarez dilaporkan tiada dalam perancanga­n Barca dan kelab Catalan itu bersedia melepaskan­nya secara percuma, jika pemain itu tidak menyertai mana-mana kelab terkemuka.

Bintang Uruguay itu bersetuju dengan syarat penguranga­n gaji bersama Atletico selepas perpindaha­n ke Juventus gagal berikutan isu pasport. - Agensi

 ??  ?? SUAREZ
SUAREZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia