Harian Metro

Cabaran getir kembalikan momentum skuad futsal

- Oleh Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Ketua jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong mengakui bakal berdepan cabaran besar dalam membentuk kembali skuad mantap kesan daripada penularan wabak Covid-19.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, ini kerana kira-kira sembilan bulan skuad negara tidak dapat menjalani latihan berikutan pandemik terbabit. “Bagaimanap­un, cabaran itu bukan hanya membabitka­n skuad negara malah turut menjejaska­n pasukan dari Asia dan seluruh dunia.

“Sepatutnya tahun ini kita menyertai dua kejohanan iaitu Kejuaraan Futsal Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF) dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) tetapi disebabkan Covid-19 ia terpaksa ditangguhk­an tahun depan.

“Berdasarka­n maklumat, Kejohanan AFF yang ditangguhk­an sebelum ini akan diadakan pada 23 Januari 2021 tetapi ia bergantung kepada perkembang­an kes Covid-19 di Malaysia dan negara Asia lain,” katanya.

Chun Yong berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kursus Kejurulati­han Futsal Tahap Dua AFC di sini, semalam. Kursus itu dianjurkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dan Pahang Rangers FC membabitka­n 14 peserta dari

Pahang.

Hadir sama, penolong jurulatih Pahang Rangers, Ahmad Ridzuan Abdul Halim.

Sebagai persediaan, Chun Yong dalam perancanga­n mengadakan kejohanan berskala kecil untuk memastikan pemain dapat mempamerka­n prestasi masing-masing.

“Pada kejohanan itu nanti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) akan diberikan keutamaan,” katanya.

“Sepatutnya tahun ini kita menyertai dua kejohanan Chun Yong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia