Harian Metro

‘Ikut SOP, bukan pentingkan diri’

-

Kuala Lumpur:

Penundaan saingan Piala Thomas/ Uber yang sepatutnya berlangsun­g di Aarhus, Denmark bulan depan tidak harus dijadikan isu oleh Eropah dengan menuduh negara Asia pentingkan diri apabila memutuskan tidak menyertai kejohanan berkenaan.

Tegas Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, Saw Chit Boon keputusan sama ada untuk menarik diri atau tidak itu adalah hak setiap negara yang bertanding dan sudah pastinya ia diputuskan selepas menilai segala aspek dengan terperinci.

Chit Boon berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan media Eropah yang menyifatka­n negara Asia sebagai memen- tingkan diri susulan Taiwan, Thailand, Korea Selatan dan Indonesia menarik diri.

“Setiap negara mempunyai syarat dan SOP (prosedur operasi standard) berbeza. Ada yang perlu dikuaranti­n ada yang tidak.

“Sekarang dunia sedang berperang melawan pandemik Covid-19. Hingga sekarang perkara itu masih belum reda. Setiap negara mempunyai hak mereka untuk membuat keputusan sendiri kerana aspek keselamata­n perlu diberi keutamaan,” katanya.

Justeru Chit Boon menyifatka­n keputusan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) menunda Piala Thomas/Uber itu adalah keputusan tepat untuk keselamata­n pemain dan pegawai.

Sementara itu Chit Boon yang ditemui ketika majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara BA dan Pusat Inovasi Sukan

Hingga sekarang perkara itu masih belum reda. Setiap negara mempunyai hak mereka untuk membuat keputusan sendiri kerana aspek keselamata­n perlu diberi keutamaan”

Saw Chit Boon

dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (BAM) berkata, kejohanan di peringkat Asia hanya akan berlangsun­g selepas keadaan kembali reda.

“Badminton ini sukan yang berlainan daripada sukan lain kerana ia adalah permainan yang dimainkan dalam dewan dan berhawa dingin. Banyak benda tidak sama.

“Tak sama seperti tenis atau bola sepak yang bermain di luar. Jadi banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan BWF sendiri sedang berusaha keras untuk memastikan semua keadaan selamat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia