Harian Metro

Bisa Faizal belum ‘karat’

Bekas penggempur kebangsaan sudah cetak 14 gol dalam saingan Piala Tun Abdul Razak

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Bekas penyerang hoki berbisa kebangsaan, Faizal Saari membuktika­n dirinya masih penggempur terbaik negara apabila berjaya meledak 14 gol buat Terengganu dalam saingan Piala Tun Abdul Razak setakat ini.

Walaupun tidak beraksi untuk tempoh hampir tujuh bulan, pemain berusia 29 tahun itu membuktika­n sentuhan penyudahny­a belum tumpul dan layak menyarung jersi skuad kebangsaan di bawah bimbingan Arul Selvaraj.

Malah, dia sedia memberikan komitmen 100 peratus sekiranya kembali dipanggil menyertai skuad negara selepas ini.

“Saya dalam hati memang nak main balik (untuk skuad kebangsaan), jika terpilih, saya berbesar hati. Jika tiada rezeki saya kena cari jalan lain, seperti ke Eropah atau kena usaha lagi kuat.

“Jika dipanggil, saya memang akan bagi komitmen 100 peratus untuk tahun ini. Masa untuk lupakan perkara lama dan buka lembaran baharu,” katanya ketika ditemui selepas membantu Terengganu mara ke separuh akhir Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, malam kelmarin.

Sementara itu, pemain Perak diingatkan supaya membuang rasa terlalu hormat kepada pasukan Kuala Lumpur (KL) apabila turun beraksi pada aksi separuh akhir Piala Razak hari ini.

Itu tegas jurulatih Perak, Roslan Jamaluddin kepada barisan anak buahnya jika mereka mahu merealisas­ikan impian mara ke perlawanan akhir.

Kata Roslan, beliau mempunyai keyakinan tinggi terhadap kemampuan barisan pemainnya, namun menasihatk­an mereka berhati-hati supaya tidak berlaku kecederaan kerana terlalu taasub mengejar tempat dalam pasukan kebangsaan.

“Pasukan

Perak mempunyai kemampuan untuk mara ke perlawanan akhir. Tapi pasukan KL juga hebat dan mereka juga mempunyai pemain kebangsaan. Mereka bukan lawan yang mudah dan mempunyai kelebihan sendiri,” katanya.

Sementara itu, pasukan hoki KL tetap optimis menjelang pertemuan itu biarpun tempang tanpa khidmat dua tonggak utamanya iatu pemain pertahanan, Nor Azrul Abdul Rahman dan penyerang, Shahril Saabah.

Bagaimanap­un, Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur, Datuk Seri Megat D Shahriman percaya jurulatihn­ya S Selvaraju tentunya mempunyai ramuan tersendiri dalam menangani situasi getir ini.

Saya dalam hati memang nak main balik, jika terpilih, saya berbesar hati Faizal Saari

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia