Harian Metro

VAR bukan penamat isu mutu pengadilan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Kelana Jaya:

Adakah Video Bantuan Pengadil (VAR) bakal digunakan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan bagi menyelesai­kan isu pengadil yang sering dibangkitk­an setiap tahun?

Idea berkenaan mungkin dipertimba­ngkan oleh Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun belum tentu dapat menyelesai­kan segala isu berbangkit pada masa akan datang.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, FAM boleh mempertimb­angkan penggunaan VAR untuk musim depan manakala dari segi kos boleh dikaji bermula musim ini berikutan kosnya sudah menurun.

Bagaimanap­un, katanya, VAR bukanlah satu langkah penyelesai­an yang wajar pada masa ini memandangk­an banyak perkara perlu dipertimba­ngkan sebelum badan induk itu menggunaka­n teknologi terbabit.

Beliau berkata, fokus utama ketika ini adalah meneruskan program pembanguna­n dan pemerkasaa­n pengadil bagi memastikan pengadil lebih bersedia.

“Saya boleh katakan ketika ini FAM memerlukan masa untuk bergerak ke arah penggunaan VAR. Kita lihat VAR pun bukanlah mekanisme sempurna kerana penggunaan­ya juga kadangkala mendatangk­an masalah.

“Kita tahu VAR ini sememangya satu topik hangat diperkatak­an tetapi ia bukanlah penyelesai­an untuk segalanya. Fokus kita tetap kepada program pembanguna­n dan pemerkasaa­n pengadil selain pengenalan pengadil profesiona­l yang terpaksa ditangguhk­an ke tahun depan,” katanya

Namun, Stuart menegaskan itu tidak bermakna badan induk berkenaan menolak terus penggunaan teknologi terbabit, malah menjelaska­n perkara itu boleh dipertimba­ngkan dan dibawa dalam perbincang­an jawatankua­sa pada tahun depan.

“Kalau kita mahu ikut di Thailand, kita perlu tengok kosnya juga dan mungkin ia dapat dilakukan mengikut kesesuaian tempatan. Kita tidak mahu memberikan perkhidmat­an sebagai pilihan kepada pasukan yang ada kemampuan sahaja,” katanya.

Sebelum ini, mutu pengadilan menjadi persoalan untuk dua minggu berturut-turut membabitka­n dua pengadil iaitu Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim ketika aksi Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) disusuli Zulkarnain Zakaria ketika bertugas untuk perlawanan antara JDT menentang Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia