Harian Metro

Sumareh ‘sangkut’ akibat Covid-19

-

Bangkok:

Pasukan liga utama Thailand, Police Tero FC masih menanti ketibaan pemain baharunya, Mohamadou Sumareh (gambar), pemain naturalisa­si pertama Malaysia.

Pemain sayap pasukan Pahang berusia 26 tahun itu melengkapk­an perpindaha­nnya untuk menyertai pasukan di tangga keempat Liga 1 Thailand, pada 7 September lalu.

Bagaimanap­un Pengurus Police Tero FC, Tanya Vongnark berkata, ketibaan Sumareh ke Thailand tertangguh disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Katanya, pemain kelahiran Gambia itu kini menunggu untuk mendapatka­n permit masuk daripada Kedutaan Besar Thailand di Malaysia serta Pusat Pentadbira­n Situasi Covid-19 (CCSA) untuk memasuki Thailand.

“Kami telah menyiapkan semua dokumen yang diperlukan sejak 6 September lalu bagi membolehka­n Sumareh bermain dengan kami musim ini. Kami mahu dia datang ke sini secepat mungkin.

“Sumareh mempunyai keinginan untuk bermain dalam liga Thailand. Dia mahu membuktika­n kebolehann­ya. Ini adalah cabaran baharu (untuk Sumareh). Ia pastinya sesuatu yang menarik untuknya,” katanya.

Sumareh bakal berganding­an dengan rakan skuad Harimau Malaya, Dominic Tan yang menandatan­gani kontrak selama dua tahun dengan Police Tero FC pada Julai tahun lalu. Menurut Tanya, Sumareh perlu terlebih dahulu menjalani kuarantin wajib di hotel yang ditetapkan sejurus tiba. Mengulas mengenai perselisih­an antara Sumareh dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Tanya berkata, Polis Tero FC mematuhi peraturan perpindaha­n oleh Persekutua­n

Bola Sepak Persatuan Antarabang­sa (Fifa).

“Fifa memberikan­nya (Sumareh) Sijil Perpindaha­n Antarabang­sa (ITC). Jadi, perpindaha­nnya adalah rasmi. Pertikaian antara Sumareh dan bekas kelab bola sepaknya tidak ada kaitan dengan Police Tero FC. Kami tidak akan masuk campur,” katanya. - Bernama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia