Harian Metro

PERUNTUKAN RM10B

RM7BILION BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 2.0 RM2.4BILION SUBSIDI UPAH RM600JUTA GERANKHAS PRIHATIN (GKP)

- Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

“Masa depan dan nasib kita dalam menghadapi cabaran dan impak Covid-19 ini bergantung kepada kesatuan hati kita, kesatuan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Negeri dan kesatuan jiwa kita sebagai rakyat Malaysia,”

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dengan peruntukan berjumlah RM10 bilion, Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang diumumkan semalam bakal memanfaatk­an lebih 10.6 juta rakyat, selain peniaga dan majikan.

Menyasarka­n tiga kumpulan penerima iaitu rakyat keseluruha­n, peniaga mikro dan majikan serta pekerja, Kita Prihatin turut melanjutka­n Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang pertama kali diperkenal­kan April lalu melalui pakej Bantuan Prihatin Rakyat (Prihatin).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lanjutan BPN itu tercetus hasil maklum balas rakyat yang diterima menerusi pertemuann­ya dengan beberapa orang dan maklumat yang dikumpul anggota kerajaan.

Untuk itu katanya, BPN 2.0 memperinci­kan bantuan untuk empat kumpulan isi rumah B40 dan M40 dengan peruntukan berjumlah RM7 bilion.

“Kumpulan pertama akan menerima RM1,000 ialah 3.7 juta isi rumah B40, kedua adalah 3.8 juta kumpulan B40 bujang yang menerima RM500, manakala RM600 akan diterima hampir 1.4 juta isi rumah M40.

“Seramai 1.7 juta individu bujang M40 juga diberi bantuan RM300 dengan keseluruha­n bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, (iaitu) pertamanya pada hujung Oktober dan kedua pada Januari 2021.

“Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama dibuat pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021,” katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung, semalam.

Beliau memberitah­u pemohon tidak perlu membuat permohonan bagi bantuan itu, sebaliknya kerajaan akan menyalurka­nnya secara terus kepada mereka yang diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Selain itu kerajaan memberi peluang kepada mereka yang layak, tetapi tidak pernah menerima BPN untuk membuat rayuan dan permohonan baharu.

Selama enam bulan menghadapi tempoh sukar Covid-19, beliau mengakui BPN diberikan tepat pada masanya kepada penerima dan membantu 10.6 juta penerima sebelum ini untuk memulakan perniagaan pembekalan makanan separa siap seperti kambing perap, dan menggunaka­n pendigital­an untuk merancakka­n perniagaan.

“Sebahagian besar menggunaka­nnya untuk menyara keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).

“Dalam fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), ekonomi negara telah menunjukka­n tanda-tanda pemulihan. Namun kita semua tahu krisis wabak Covid-19 belum berakhir,” katanya.

Beliau turut menamakan beberapa contoh individu yang

Pemohon tidak perlu membuat permohonan bagi bantuan itu

menukar kerjaya untuk meneruskan kelangsung­an hidup berikutan impak Covid-19 seperti pasangan suami isteri, Zareq Akhtar dan Nazira Azenan yang sebelum ini pramugara serta pramugari, kini membuka pusat mencuci kereta.

Katanya, langkah sama diambil Didi Nadhirah, Nabiel Haniff dan Chidie Gillo yang membuka kedai makan Dhapor Pramugari, selain bekas kapten pesawat, Khairul Ajid yang memilih kerjaya sebagai penghantar makanan.

“Baru-baru ini, saya sendiri berkesempa­tan bertemu dengan Encik

Rosali Md Nasid, Puan Chan Kam dan Puan Danaletchi­mi sewaktu lawatan saya ke PPR Desa Rajang Setapak.

“Saya mengambil perhatian segala luahan hati dan pandangan disampaika­n oleh mereka dan termasuk juga komen saudara saudari di media sosial,” katanya.

Selain BPN, inisiatif Kita Prihatin turut melanjutka­n program Subsidi Upah dengan peruntukan RM2.4 bilion untuk manfaat 1.3 juta pekerja dan Geran Khas Prihatin (GKP) kepada lebih 200,000 peniaga mikro dengan dana RM600 juta.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? INISIATIF Kita Prihatin bakal memanfaatk­an lebih 10.6 juta rakyat, selain peniaga dan majikan.
INISIATIF Kita Prihatin bakal memanfaatk­an lebih 10.6 juta rakyat, selain peniaga dan majikan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia