Harian Metro

ANWAR DAKWA DAPAT SOKONGAN

Anwar yakin ada sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen

- Oleh Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

Dengan sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan ini, bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh”

Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangk­an kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar dalam sidang media khas semalam berkata, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersemba­hkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar dari Institut Jantung Negara (IJN).

“Sebenarnya saya mendapat perkenan menghadap baginda Selasa pada jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhk­an selepas baginda menerima rawatan di IJN.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan ini, bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh,” katanya.

Katanya, maklumat dan langkah selanjutny­a akan dimaklumka­n selepas menghadap YDPA dalam masa terdekat.

“Pentadbira­n ini mewakili bukan saja rakyat Melayu Bumiputera, tetapi semua kaum di negara ini,” katanya.

Ditanya jumlah sokongan diperoleh, Anwar enggan mendedahka­n sebaliknya mengulang pendirian memperoleh majoriti yang kukuh daripada pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.

“Konklusif, kuat dan kukuh, saya bukan bercakap mengenai 4,5,6 sokongan tetapi hampir dua pertiga Ahli Parlimen pelbagai parti.

“Dokumen ini tetap tidak boleh diragui, semuanya akan dimaklumka­n sebaik menghadap Agong,” katanya.

Ditanya sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad ada dalam senarai itu, Anwar berkata, bekas Perdana Menteri itu tiada dalam senarai.

“No (tiada), buat masa ini tiada,” katanya.

Anwar turut ditanya adakah terdapat pemimpin PKR yang berpaling tadah dan menyertai parti lain.

“Dalam senarai saya tidak nampak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia