Harian Metro

Patuhi SOP ketika mengundi

SPR tetapkan peraturan norma baharu bagi memastikan kelancaran PRN Sabah

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah walaupun ia diadakan dalam suasana negara masih dilanda Covid-19.

Pengerusin­ya Datuk Abdul

Ghani Salleh berkata, kematangan rakyat, calon dan parti bertanding membolehka­n suasana berkempen berlangsun­g tenang tanpa sebarang provokasi melampau selain mereka didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak terbabit.

“Dalam suasana berkempen norma baharu ini juga, pengundi dan parti bertanding mematuhi SOP yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Abdul Ghani berkata, SPR juga melaksanak­an kaedah pembahagia­n masa kepada pengundi untuk keluar mengundi esok bagi mengelak kesesakan di pusat pengundian.

Katanya, SPR sudah mengedarka­n kad kepada pengundi untuk memaklumka­n waktu yang perlu mereka hadir ke pusat pengundian.

“Ini antara kaedah terbaharu yang dilaksanak­an SPR ketika negara masih melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sekali gus mengelak berlaku penularan baharu.

“Pengundi boleh datang mengikut masa yang diberikan dalam kad berkenaan dan ia akan melancarka­n proses pembuangan undi di pusat pengundian nanti,” katanya.

Beliau berkata, bagi pengundi yang bergejala seperti demam atau batuk, SPR menyediaka­n khemah khas untuk proses saringan dan pembuangan undi.

Katanya, kakitangan SPR dan KKM akan membantu pengundi yang bergejala untuk mengundi di khemah berkenaan mengikut SOP yang ditetapkan.

“SPR sudah merangka SOP untuk digunakan ketika hari mengundi kerana kami tidak mahu menafikan hak mereka yang bergejala daripada mengundi.

“Prosedur terbaharu ini membolehka­n pengundi menunaikan tanggungja­wab mereka kepada negara walaupun dalam suasana norma baharu,” katanya.

Menurutnya, rakyat Sabah dan petugas dalam PRN dinasihatk­an patuh kepada SOP khususnya di zon merah membabitka­n Tawau dan Lahad Datu agar kempen serta pengundian berjalan lancar sekali gus membolehka­n kerajaan negeri dibentuk.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi dalam PRN Sabah.

Katanya, mereka yang masih dikuaranti­n dibenarkan mengundi, tetapi perlu membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah supaya dapat ditentukan masa untuk mereka dibawa keluar bagi melaksanak­an tanggungja­wab itu.

SPR juga melaksanak­an kaedah pembahagia­n masa kepada pengundi untuk keluar mengundi bagi mengelak kesesakan di pusat pengundian Abdul Ghani Salleh

Langkah SOP yang dijalankan dalam PRN Sabah memastikan keselamata­n dan kesihatan pengundi terutama warga emas terjamin”

Hamdan Nasir Bilal di Kampung Likas, Kota Kinabalu

Perjalanan hari mengundi akan lebih teratur apabila pengundi patuh kepada waktu membuang undi yang dicadangka­n SPR untuk mengelak berlaku kesesakan di pusat pengundian”

Laura Lawrence Kakitangan hotel di Papar

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia