Harian Metro

Turun padang beres masalah

- Oleh Yun Mikail am@hmetro.com.my

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus melihat kaedah terbaik bagi membolehka­n dasar pendidikan dapat dimanfaatk­an semua pelajar khususnya di Sabah.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi

Jidin berkata, sepanjang perjalanan­nya ke seluruh negeri, banyak perkara yang boleh lihat dalam konteks pembanguna­n pendidikan negara.

“Saya selalu menyentuh ketika berucap antara perkara yang dilakukan apabila sampai ke sesebuah sekolah adalah meninjau bilik darjah dan melihat pelajar yang nampak ketinggala­n dari sudut ekonominya.

“Mungkin ada antara pelajar ini asalnya duduk di asrama desa, tetapi apabila Covid-19 melanda, sesetengah pelajar terpaksa duduk di rumah dan berjalan kaki ke sekolah,” katanya pada sidang media selepas melawat bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Menurut Dr Radzi, beliau bersama kementeria­nnya sentiasa komited memberikan yang terbaik kepada golongan murid dan pelajar di seluruh negara.

“Kita boleh bekerja keras untuk merangka perancanga­n yang baik, menyusun pelan untuk pendidikan anak-anak kita di Sabah, tetapi akhir sekali perkara paling penting ialah pelaksanaa­nnya perlu dilakukan dengan pantas. Sebab itu adalah amat penting kerajaan negeri ini selari dengan kerajaan Persekutua­n.

“Saya tekankan kepada semua guru dan memohon jasa baik mereka supaya membantu kami di kementeria­n memastikan supaya perancanga­n untuk pelajar di Sabah dapat dilaksanak­an dengan lancar,” katanya.

Menyentuh isu pembanguna­n di Sabah, Dr Radzi berkata, beliau menekankan setiap perincian penyelengg­araan di sesebuah sekolah perlu dilakukan segera bagi mengelakka­n sesuatu masalah yang awalnya kecil menjadi semakin teruk dan berlarutan selama bertahun-tahun.

“Saya mengambil contoh dua blok baharu asrama di SMK Bandaraya Kota Kinabalu ini yang sudah siap sejak 2014 namun tidak boleh diduduki pelajar berikutan belum diserahkan kepada pihak sekolah.

“Kita sudah keluarkan wang yang besar untuk siapkan bangunan ini dalam tempoh yang lama namun ia dibiarkan begitu sahaja dan ini satu kerugian besar kepada pelajar.

“Lebih menyedihka­n apabila pelajar perempuan terpaksa mandi di luar bangunan asrama dalam keadaan terbuka berikutan masalah kerosakan bilik air.

“Bagaimanap­un, warga sekolah ini sudah boleh menarik nafas lega apabila masalah dihadapi dapat diselesaik­an kurang dari dua bulan,”

katanya.

Pelajar tingkatan tiga SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Yuckey Chinueling­kie Idrus, 15, ketika ditemui begitu teruja dapat berpindah ke blok asrama perempuan yang baharu sejak beberapa bulan lalu.

Mesra disapa Yuckey, masalah utama di bangunan asrama lama adalah ketiadaan bilik air disebabkan bilik air sedia ada sudah tidak boleh digunakan lagi.

“Kami terpaksa mandi di luar berdekatan kawasan tangki penyimpana­n air.

“Ramai pelajar perempuan menyuaraka­n kebimbanga­n setiap kali mandi di kawasan itu ekoran terletak berhampira­n pagar utama sekolah.

“Dengan adanya blok asrama baharu ini, saya dan rakan tidak perlu lagi mandi di luar,” kata anak kedua daripada lima beradik itu.

Terdahulu, Dr Radzi turut melawat ke SK Kawang dan SMK Kinarut.

Sementara itu, Dr Radzi berkata, berbeza dengan masalah dihadapi SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pula mempunyai terlalu banyak ruangan yang tidak digunakan sepenuhnya.

Menurut beliau, belanja utama dalam konteks pendidikan adalah infrastruk­tur dan suatu kerugian sekiranya kemudahan sedia ada tidak dimanfaatk­an secara optimum.

“Apabila ada bangunan dan bilik ini tidak digunakan, penyelengg­araan juga tidak akan dibuat.

“Walaupun sesetengah masalah itu nampak mudah, tetapi ia memerlukan penyelengg­araan segera kerana lebih lama dibiarkan, isu terbabit menjadi lebih besar impaknya selain lebih tinggi kos yang perlu ditanggung oleh kementeria­n.

“Oleh itu, saya sudah meminta kementeria­n melihat semula kapasiti optimum bagi sesebuah sekolah agar kita mampu menyelesai­kannya,” katanya.

Warga sekolah ini sudah boleh menarik nafas lega apabila masalah dihadapi dapat diselesaik­an kurang dari dua bulan”

Dr Radzi Jidin

 ??  ?? DR Radzi (kanan) tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan pelajar ketika melawat SMK Bandaraya Kota Kinabalu.
BANGUNAN asrama SMK Bandaraya Kota Kinabalu.
DR Radzi (kanan) tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan pelajar ketika melawat SMK Bandaraya Kota Kinabalu. BANGUNAN asrama SMK Bandaraya Kota Kinabalu.
 ?? FOTO: MALAI ROSMAH TUAH ?? DR Radzi ketika meninjau keadaan asrama dihuni pelajar di SMK Bandaraya Kota Kinabalu.
FOTO: MALAI ROSMAH TUAH DR Radzi ketika meninjau keadaan asrama dihuni pelajar di SMK Bandaraya Kota Kinabalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia