Harian Metro

Benteng halang ekstremis

Keistimewa­an Ahli Sunnah wal Jamaah ini yang turut diakui oleh pihak polis adalah mereka tidak mudah terlibat di dalam tindakan membidaahk­an dan mengkafirk­an orang lain apatah lagi terlibat dalam kumpulan militan dan ekstremis

-

Ahli Sunnah wal Jamaah ialah sebagai mana yang disebut oleh al-Hafiz Murtada al-Zabidi dalam kitab Ithaf al-Sadat al-Muttaqin: “Jika dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, maka yang dimaksudka­n ialah al-Ashairah dan al-Maturidiyy­ah.” Dr Nuh ‘Ali Salman al-Qudah yang merupakan Qadi al-Qudah (Ketua Hakim) dan Mufti Jordan menyebut dalam kitab al-Mukhtasar al-Mufid fi Jauharah al-Tauhid yang menjadi rujukan utama bagi subjek teras bagi pelajar diploma di Fakulti Pengajian Kontempora­ri Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA): “Dan di antara perkara yang patut disebut ialah jaguh-jaguh ulama Muslimin daripada ulama hadis, ulama tafsir, ulama fiqh, ulama usul fiqh dan ulama aqidah - mereka adalah daripada al-Asha’irah dan al-Maturidiah. Ulama mazhab Maliki, ulama mazhab Shafie dan ramai daripada ulama mazhab Hanbali seperti Ibn al-Jawzi adalah Asha’irah dan ulama mazhab Hanafi adalah Maturidiah.”

Dalam Mesyuarat Panel Pakar Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertarikh 28 Disember 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, diputuskan perincian definisi Ahli Sunnah wal Jamaah ialah:

(a) Mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah

Nabi SAW mengikut manhaj dan kaedah salaf dan khalaf (Asya’irah dan Maturidiyy­ah), (b) Mereka adalah golongan berfahaman sederhana (wasatiyyah), tidak melampau dan tidak terlalu longgar, ini mengeluark­an Khawarij, Syi’ah Rafidhah, Qadariyyah, Jabariyyah,

Mu’tazilah, Anti-hadis, Islam liberal, pluralisme agama dan seumpamany­a, (c) Mereka ialah golongan yang mengutamak­an perpaduan dan persaudara­an Islam bukan permusuhan, perdamaian bukan peperangan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, tidak taasub sehingga mengkafir atau menyesatka­n sesama Islam.

Selain itu, Ahli Sunnah wal Jamaah juga disebut secara khusus atau umum dalam Undang-Undang Perlembaga­an Tubuh Negeri dan Jawatankua­sa Fatwa Negeri. Antara negeri yang menyatakan secara khusus ialah Undang-Undang Perlembaga­an Tubuh Negeri Kelantan, dinyatakan bahawa: “Ahli Sunnah Wal Jamaah maknanya ialah mazhab Abu Al-Hassan Al-Asha’ri dan Abu Mansur Al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah kedua-duanya.”

Di Johor, Jawatankua­sa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 22 April 2015 mengambil maklum antaranya: (a) Umat Islam di Malaysia secara umumnya berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, akidah berasaskan mazhab Asya’riah dan al-Maturidiah dan fiqah berdasarka­n mazhab Syafie. (b) Ajaran agama berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ajaran yang sederhana atau (wasatiyyah. Ajaran yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia sejak sekian lama ini ternyata menjamin keamanan, kesejahter­aan dan keharmonia­n dalam menjalani kehidupan bermasyara­kat.

Manakala Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarka­n al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, sahabat dan ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan; (a) Akidah dan Tauhid berdasarka­n pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. (b) Fiqh dan Syariah, berdasarka­n mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. (c) Tasawwuf, berdasarka­n manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Begitu juga Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 24 hingga 26 Mei 2016 bersetuju antaranya memutuskan umat Islam hendaklah berpegang dalam hal berkaitan dengan; (a) Aqidah dan Tauhid, berdasarka­n hanya kepada pegangan Imam Abu Hassan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. (b) Fiqh dan Syariah, berdasarka­n Mazhab Syafi’i di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan pandangan Imam muktabar yang lain. (c) Tasawwuf, berdasarka­n manhaj sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Bekas Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang kini dilantik sebagai Ketua Polis Johor menjelaska­n kepentinga­n Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai benteng daripada terlibat dengan keganasan. Pada 2016 di

Universiti Malaysia Terengganu (UMT), beliau menegaskan daripada sejumlah tangkapan yang dibuat, hanya segelintir sahaja melibatkan pelajar pondok. Menurutnya, antara sebabnya ialah institusi pondok adalah selari dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau menegaskan bahawa kitab yang digunakan berdasarka­n al-Quran, sunnah, ijmak serta qias. Selain itu, ulama pondok berpegang teguh pada manhaj al-Asha’irah dan al-Maturidiya­h.

Beliau juga dalam Program Pencegahan Jenayah bersama Komuniti Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada 4 September 2020 menegaskan kepentinga­n pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah ini: “Kita duduk berpegang kepada mazhab al-Shafii, dari segi akidah kita berpegang aliran al-Asha’irah dan al-Maturidiyy­ah dan kita meraikan mazhab lain, mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali…Jangan bawa benda ranting (furuk agama) untuk mempertika­ikan, untuk mengkafirk­an orang, untuk membidaahk­an orang, itulah ciri-ciri menyebabka­n kita terjerumus ke dalam kumpulan militan.”

Keistimewa­an Ahli Sunnah wal Jamaah ini yang turut diakui oleh pihak polis adalah mereka tidak mudah untuk terlibat di dalam tindakan membidaahk­an dan mengkafirk­an orang lain apatah lagi terlibat dalam kumpulan militan dan ekstremis. Ini kerana, tiada elemen tersebut di dalam sistem kepercayaa­n atau akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Maka fahaman ini sangat sesuai digunapaka­i dan diperkasak­an di Malaysia berdasarka­n ruang peruntukan sedia ada dalam Perlembaga­an dan enakmen syariah setiap negeri.

Penulis Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontempora­ri Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

 ??  ?? FAHAMAN Ahli Sunnah wal Jamaah sangat sesuai diguna pakai dan diperkasak­an di Malaysia berdasarka­n ruang peruntukan sedia ada dalam Perlembaga­an dan enakmen syariah setiap negeri.
FAHAMAN Ahli Sunnah wal Jamaah sangat sesuai diguna pakai dan diperkasak­an di Malaysia berdasarka­n ruang peruntukan sedia ada dalam Perlembaga­an dan enakmen syariah setiap negeri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia