Harian Metro

Ubat keresahan pemilik spa terjejas

-

Kota Kinabalu:

“Bantuan kerajaan Persekutua­n tiba ketika saya amat memerlukan­nya dan saya akan ingat sampai bila-bila,” kata Siti Karimah Sarahani, 43, pemilik spa dan butik kecantikan Image Beauty di sini.

Menurutnya, pengumuman bantuan tambahan menerusi Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin diumumkan Perdana Menteri kelmarin umpama sinar kembali menerangi hidupnya untuk meneruskan perniagaan.

Menerusi Kita Prihatin bernilai RM10 bilion diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro seperti Siti Karimah mendapat manfaat terutama menerusi Geran Khas Prihatin (GKP) dengan peruntukan keseluruha­n

RM600 juta.

“Alhamdulil­lah, bantuan seperti ini ditunggu-tunggu dan diharapkan peniaga seperti kami kerana membuka ruang untuk memperluas perniagaan.

“Sejak awal, Perdana Menteri mengambil berat nasib usahawan dan membuktika­n kerajaan mendengar rintihan rakyat,” katanya.

Permohonan GKP dibuka semula kerana Perdana Menteri mahu memberi peluang kedua kepada peniaga mikro tercicir sebelum ini memperoleh bantuan itu.

Muhyiddin ketika mengumumka­n pembukaan semula permohonan GKP mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober ini berkata, geran itu dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 200,000 peniaga mikro.

Kita Prihatin adalah kesinambun­gan beberapa siri inisiatif bantuan diumumkan kerajaan sebelum ini termasuk menerusi Pelan Jana

Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi membantu usahawan mikro terjejas perniagaan­nya akibat Covid-19.

Bagi Siti Karimah, beliau mendapat pembiayaan RM10,000 daripada TEKUN Nasional menerusi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM).

“Tiga bulan utup operasi, saya hilang punca pendapatan dan bermula semula dari bawah. Bingung juga memikirkan jika kedai terpaksa ditutup sehingga saya menggunaka­n semua simpanan untuk menampung perbelanja­an,” katanya.

Keresahann­ya berakhir sebaik mendengar pengumuman Muhyiddin mengenai inisiatif Penjana membantu

PKS mikro.

Siti Karimah segera mencari maklumat bagi memohon bantuan bersesuaia­n dengan perniagaan­nya sebelum diluluskan dalam tempoh kurang dua bulan.

Bantuan RM10,000 diperoleh digunakan untuk membayar sewa premis dan membeli stok baharu peralatan kegunaan spa serta berjinak-jinak dengan pemasaran produk menerusi laman sosial kerana menyedari kepentinga­nnya untuk seorang peniaga.

“Mahu atau tidak, saya harus belajar memasarkan produk menerusi media sosial dan setakat ini sambutan pelanggan menggalakk­an,” katanya.

 ??  ?? SITI Karimah berharap insentif dapat membuka ruang untuk memperluas­kan perniagaan.
SITI Karimah berharap insentif dapat membuka ruang untuk memperluas­kan perniagaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia