Harian Metro

Kini dalam fasa ‘bangkit’

- Bernama

Krisis pandemik Covid-19 yang melanda negara turut memberi impak cukup besar kepada usahawan kraf tempatan terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lalu yang memerlukan rakyat hanya duduk di rumah, cabaran besar buat golongan itu terutama mereka yang selama ini bekerja ‘keluar masuk’ hutan dan bergantung hasil rimba sebagai punca rezeki.

Bukan sahaja aktiviti jualan dan tempahan terjejas, bahkan aktiviti promosi secara ‘turun padang’ juga tidak dapat dijalankan, sekali gus memerlukan mereka mengusahak­an pelbagai inisiatif untuk kelangsung­an hidup dan keluarga.

Bagi usahawan kraf hasil rimba berasaskan rotan, Empin Galing yang berasal dari Kampung Gansurai yang terletak satu jam perjalanan dari Kota Belud, Sabah, sumber pendapatan utama beliau sepenuhnya terjejas berikutan krisis itu.

“Impak krisis ini saya dan rakan sekampung yang turut mengusahak­an kraf anyaman rotan tidak dapat memasarkan produk sekaligus mengakibat­kan perusahaan jatuh merudum kerana pembeli dan yang membuat tempahan panik dan takut menanggung risiko kerugian disebabkan pandemik yang tidak dapat dijangka bila berakhir.

“Ia pastinya satu ‘tamparan’ hebat. Namun mujur kami tinggal di kampung jadi boleh berusaha mencari sekadar apa yang boleh dimakan untuk keluarga setiap hari terutama ketika awal PKP dilaksanak­an,” katanya.

Empin, 60, dari suku kaum Dusun Tindal yang juga Ketua Kampung Gansurai, sudah 10 tahun berkecimpu­ng dalam bidang perusahaan kraf anyaman rotan saga.

Selain menerima tempahan dari serata Malaysia, Empin yang juga bapa kepada lima cahaya mata aktif mengadakan pameran di Sabah dan Semenanjun­g termasuk ketika Hari Kraf Kebangsaan (HKK) anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).

Kali terakhir beliau berkunjung ke Semenanjun­g mempromosi­kan produk kraf ialah pada Mac lalu ketika HKK di Kuala Lumpur sebelum semuanya ‘terhenti’ selepas negara dilanda Covid-19.

Empin dan rakannya kini boleh dikatakan berada dalam fasa untuk ‘bangkit’ bagi memulihkan perniagaan selepas kerajaan mengumumka­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Disokong pula dengan inisiatif kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan

Jana Semula

Ekonomi Negara (Penjana), beliau berkata, ia umpama memberi ‘sinar baharu’ untuk kembali meneruskan perniagaan kraf mereka.

Merujuk pelan Penjana bagi industri kreatif melalui Inisiatif Pemulihan Cendana, Empin berkata, ia diharap dapat menggerakk­an kembali aktiviti serta perniagaan industri itu sebagai sumber pendapatan penggiatny­a.

“Saya dan rakan sudah mengisi permohonan Inisiatif Pemulihan Cendana di bawah kategori Pilihan Industri Seni Kraf Cendana. Bantuan yang diperoleh akan dimanfaatk­an untuk membeli bahan mentah seperti rotan pulur pelbagai saiz dan bahan keperluan lain yang berkaitan perniagaan.

“Tidak dinafikan, ia sekurang-kurangnya menjadi ‘pengubat’ kepada kerugian yang kami tanggung ketika berdepan krisis pandemik ini. Semoga inisiatif ini dapat dimanfaatk­an sepenuhnya oleh usahawan yang terbabit dan memberi suntikan semangat kepada mereka untuk kembali meneruskan perniagaan,” katanya.

Menyifatka­n inisiatif Prihatin

dan Penjana bertepatan untuk menyokong pemulihan ekonomi rakyat, Ketua Program Hubungan Antarabang­sa, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Ramli Dollah berkata, Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman antara kumpulan yang teruk terjejas.

Kedua-dua inisiatif itu yang bersifat holistik dan terangkum amat diperlukan bagi memastikan tiada pihak yang tercicir daripada menerima bantuan diberikan kerajaan.

Inisiatif bersifat holistik pastikan tiada pihak tercicir daripada terima bantuan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia