Harian Metro

MINUM AIR KETUBAN

Aktiviti normal bayi dalam kandungan, mudahkan pergerakan dalam rahim

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Tahukah anda bahawa jumlah air ketuban yang normal untuk bayi di dalam kandungan sentiasa berubah-ubah mengikut usia kandungan?

Pada peringkat awal kehamilan jumlahnya mungkin sekitar 10 hingga 50 cc sahaja namun ia akan terus bertambah seiring dengan peningkata­n usia kandungan.

Air ketuban boleh mencapai sekitar 600cc ke 1, 200 cc apabila usia kandungan memasuki 34 hingga 38 minggu.

Bagaimanap­un, jumlah itu akan mula berkuranga­n apabila usia kandungan makin menghampir­i tempoh kelahiran bayi.

Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur (KL) Dr Ahmad Murad Zainuddin berkata, kebiasaann­ya

doktor akan mengira jumlah air ketuban menggunaka­n mesin ultrasound dengan mengira jumlah ‘amniotic fluid index’ (AFI).

Kata Dr Ahmad Murad, bacaan AFI biasanya sering digunakan apabila usia kandungan melebihi 24 minggu.

“Air ketuban dihasilkan menerusi air kencing bayi ketika berada di dalam kandungan dan bayi yang normal akan sentiasa meminum kembali air ketuban berkenaan.

“Bacaan AFI yang normal adalah antara 8 hingga 20,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Murad berkata, jika AFI kurang dari 8, keadaan itu dipanggil ‘oligohydra­mnios.’

“Oligohydra­mnios’ akan menyekat pergerakan anggota dan tumbesaran badan bayi dalam kandungan termasuk organ seperti sistem pernafasan bayi.

Katanya, air ketuban penting untuk memudahkan bayi bergerak di dalam kantung rahim ibu.

“Pergerakan bayi yang baik akan dapat membina otot-otot mereka dengan lebih sempurna.

“Selain itu, air ketuban juga berfungsi sebagai medium yang dapat mengurangk­an kesan mampatan tekanan dari luar.

“Tekanan yang ada mungkin akan menekan tali pusat di dalam rahim. Keadaan itu boleh menyebabka­n bayi berkenaan kurang mendapat bekalan oksigen sekali gus berisiko menyebabka­n bayi lemas dan meninggal dunia,” katanya.

 ??  ?? KONTRAKSI rahim yang kuat berisiko menyebabka­n bekalan oksigen kepada bayi berkenaan terganggu.
KONTRAKSI rahim yang kuat berisiko menyebabka­n bekalan oksigen kepada bayi berkenaan terganggu.
 ??  ?? AIR ketuban dikesan menggunaka­n mesin ultrasound dengan mengira jumlah ‘amniotic fluid index’ (AFI).
AIR ketuban dikesan menggunaka­n mesin ultrasound dengan mengira jumlah ‘amniotic fluid index’ (AFI).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia