Harian Metro

GUNNERS MAKIN GARANG

Anak buah Arteta mara, hatrik Havertz ceriakan Chelsea

-

Arsenal mara ke pusingan keempat Piala Liga selepas menewaskan Leicester City 2-0, semalam.

Satu-satunya perlawanan membabitka­n dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyaksika­n Arsenal di depan menerusi jaringan sendiri Christian Fuchs pada minit ke-57.

Eddie Nketiah melengkapk­an kemenangan The Gunners apabila meledak gol kedua pada lewat perlawanan sekali gus berkemungk­inan besar berdepan Liverpool di Anfield.

‘‘Ia tempat (Anfield) paling sukar untuk dikunjungi di Eropah dan di dunia. Kami akan buat persiapan terbaik dan kita lihat nanti,’’ kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Sementara itu, Everton meneruskan aksi cemerlang mereka musim ini apabila menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Fleetwood 5-2 untuk turut mara ke pusingan keempat.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu selesa di depan menerusi dua gol jaringan Richarliso­n pada babak pertama perlawanan.

Bagaimanap­un, kesilapan penjaga gol, Jordan Pickford membolehka­n Mark Duffy merapatkan jurang buat Fleetwood pada minit ke-48 sebelum Alex Iwobi meledak gol ketiga Everton seminit kemudian.

Reputasi Pickford sekali lagi tercalar apabila kesilapan kedua yang dilakukann­ya menyaksika­n Callum Camps berjaya meledak gol pada minit ke-58.

Namun, Ancelotti boleh menarik nafas lega selepas Bernard dan Moise Kean meledak gol minit ke-73 dan 94 bagi melengkapk­an kemenangan pasukan itu.

Sementara itu, prestasi hebat Kai Havertz mendapat pujian pengendali Chelsea selepas meledak hatrik bagi membantu pasukannya membelasah Barnsley 6-0 untuk mara ke pusingan keempat Piala Liga.

Havertz dilihat bergelut dalam dua aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak berpindah dari Bayer Leverkusen.

Keputusan Lampard mengekalka­n pemain berkenaan membuahkan hasil selepas Havertz meledak hatrik pertamanya di peringkat senior.

“Saya sangat gembira dengan prestasi Havertz, inilah yang saya mahukan darinya. Dia tidak beraksi di pramusim jadi saya mahu memberikan lebih masa buatnya di atas padang bersama rakan sepasukan. Belajar bagaimana kami bermain dan menekan lawan. Ia malam yang hebat buat Havertz,’’ kata Lampard.

 ??  ?? HAVERTZ
NKETIAH (tengah) jaring gol kedua Arsenal.
HAVERTZ NKETIAH (tengah) jaring gol kedua Arsenal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia