Harian Metro

The Cops usaha penswastaa­n pasukan

-

Kuala Lumpur:

Bukan merajuk atau putus harapan cuma Persatuan Bolasepak PDRM masih lagi berusaha menyelesai­kan beberapa dokumentas­i menerusi jawatankua­sa yang dilantik bagi memastikan proses penswastaa­n berjalan lancar sebelum tarikh akhir hujung bulan ini.

Setiausaha Kehormat PDRM, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kelewatan itu disebabkan beberapa perkara yang perlu diselesaik­an terutama membabitka­n dokumentas­i dan struktur baharu pasukan.

Beliau berkata, pihaknya sudah melantik jawatankua­sa bagi menguruska­n perkara terbabit sekali gus menolak andaian PDRM sudah putus harapan atau merajuk berikutan kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Kami masih lagi berusaha menyelesai­kan beberapa perkara membabitka­n proses penswastaa­n pasukan seperti yang diinginkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Pada masa ini, hampir 80 peratus dokumen dan struktur sudah lengkap dan kami yakin mampu menyelesai­kan perkara terbabit menjelang tarikh akhir iaitu hujung bulan ini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, tiga pasukan Liga M iaitu PDRM FC, UiTM FC dan UKM FC berdepan kemungkina­n disingkirk­an ke saingan Liga Amatur musim depan seandainya gagal menyelesai­kan proses penswastaa­n pada 30 September ini.

Dengan berbaki tujuh hari saja lagi, ketiga-tiga pasukan berkenaan disahkan masih di peringkat awal proses penswastaa­n dan tiada lanjutan tempoh akan diberikan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankua­sa Khas Bolasepak Profesiona­l FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, surat peringatan terakhir sudah pun dihantar kepada pasukan berkenaan, kelmarin.

Sementara itu, Zulkefly berkata, sekurang-kurangnya dua syarikat swasta sudah ‘merisik’ PDRM dengan masing-masing menyatakan minat untuk mengambil alih pengurusan pasukan.

“Kita mahu menyelesai­kan terlebih dahulu perkara membabitka­n penswastaa­n sebelum meneliti tawaran individu atau syarikat luar untuk mengambil alih pengurusan nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia