Harian Metro

Kagum al-Quran tulisan tangan kurun ke-17 tak dimakan anai-anai

-

Kuala Lumpur: Tidak minat dan takut salah menjadikan kerja transliter­asi manuskrip lama seperti berkaitan perubatan, kurang popular dalam kalangan golongan muda.

Menurut Pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Prof Madya Dr Ab Razak Ab Karim, dalam transliter­asi, memproses manuskrip perubatan juga amat rumit kerana pakar transliter­asi perlu tahu konteks daripada segi bahasa yang sesuai dengan penggunaan harian masyarakat berkaitan.

“Dalam kes saya, untuk kumpulkan sampel tulisan manuskrip ini juga sudah cukup mencabar.

“Ini kerana orang kita tidak menyimpan rekod ditulis dan biasanya saya terpaksa mencari di merata tempat sehinggala­h ke British Library di United Kingdom (UK) untuk rujukan,” katanya.

Menurut beliau, apabila sesuatu sampel diperoleh, beliau akan meneliti tulisan, bunyi perkataan atau ayat itu sendiri.

Aspek lain juga perlu diteliti seperti pengetahua­n berkaitan masyarakat di mana sampel tulisan atau manuskrip ditemui.

“Ia sebagai langkah ‘semak’ agar istilah dikeluarka­n daripada manuskrip menepati konteks sebenar penulis asal cuba sampaikan.

“Manuskrip saya temui bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia. Segelintir herba mempunyai nama sama, tetapi maksudnya berlainan,” katanya.

Menurut Ab Razak, begitu juga arahan atau sukatan dalam penulisan manuskrip lama, ia perlu penelitian kerana maksud atau konteksnya ada kalanya merujuk kepada sesuatu yang berbeza.

“Contoh, ayat ‘secangkir’ atau ‘satu ibu jari’. Mungkin penulis asal bermaksud ibu jari dia atau ibu jari pesakit.

“Itu perlu disemak dan diteliti berkali-kali bagi mengelak salah transliter­asi,” katanya.

Tambah Ab Razak, walaupun menggunaka­n tulisan jawi namun penggayaan bahasa dan bentuk huruf juga ada kalanya berbeza kerana ia tulisan tangan.

“Jawi lama tidak seperti jawi moden. Ia tiada ‘vokal’ seperti ejaan jawi sekarang yang membantu terjemahan tepat. Dulu kebanyakan konsonan dan bunyi bergantung kepada ayat.

“Kalau tidak biasa dengan tulisan jawi tidak bertanda dan mempunyai ‘huruf vokal’ selain asing dengan dialek tempatan, berkemungk­inan transliter­asi akan lari konteks,” katanya.

Jalan terbaik, kata Ab Razak, dalam kajian sesuatu manuskrip membabitka­n tempat asing, beliau akan mengkaji dulu gaya hidup termasuk daripada segi makanan.

Sumber lain membantu terhadap kerja transliter­asi adalah individu terdekat atau generasi tertua dalam komuniti kerana mereka ini biasa atau tahu maksud sebenar ingin disampaika­n penulis manuskrip.

Menjelaska­n bagaimana sampel diperoleh, Ab Razak berkata, ia pelbagai seperti ada terus yang menghubung­inya.

“Ia membabitka­n manuskrip warisan atau tinggalan keluarga.

“Apabila terbabit dengan kerja transliter­asi, saya akan cuba jejak lokasi pernah menjadi pusat pentadbira­n kerajaan, pusat menjadi jalan dagangan kerana biasanya di bangunan lama di daerah itu ada menyimpan rekod manuskrip.

“Ada juga penemuan tidak dijangka seperti satu kes di Buton, tenggara Pulau Sulawesi, Indonesia, seorang lelaki membawa senaskah al-Quran warisan keluargany­a untuk diperbaiki satu daripada muka suratnya.

“Saya kagum, berdasarka­n tulisan jawi tertera, ia adalah tulisan tangan kurun ke-17 dan masih elok. Itu antara pengalaman luar biasa. Pada fikiran saya, lelaki itu nampak biasa namun berjaya menyimpan al-Quran lama tanpa dimakan anai-anai atau mereput,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia