Harian Metro

SEWA KONDO MASAK HEROIN

Makmal mini diserbu, dadah bernilai RM587,000 bersama pistol dirampas

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Penahanan tiga lelaki membongkar kewujudan makmal mini bagi memproses dadah jenis heroin di sebuah kondominiu­m di Bukit Tengah di Bukit Mertajam, Selasa lalu.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang turut merampas pelbagai dadah bernilai RM587,000.

Ketua JSJN Pulau Pinang Asisten Komisioner Polis Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pihaknya menahan seorang lelaki di kondominum itu dipercayai disewa bagi menjalanka­n kegiatan terbabit.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas 17,155 gram dadah jenis heroin, 8,670 gram syabu, 15,100 gram serbuk kafein, 15 botol cecair kimia dan peralatan memproses heroin.

“Suspek yang juga penganggur itu dipercayai mempunyai kepakaran memproses dadah dan menjalanka­n kegiatan berkenaan sejak tiga bulan lalu.

“Polis juga merampas sepucuk pistol CZ 75D Compact berserta kelopak dan sarung pistol selain 43 peluru hidup.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan sama ada pistol terbabit digunakan bagi mempertaha­nkan diri atau kegiatan jenayah lain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, semalam.

Mustafa Kamal berkata, susulan itu, dua lagi lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti terbabit ditahan di Perai, Bukit Mertajam, jam 2 pagi pada 22 September lalu.

Katanya, suspek kedua dan ketiga dipercayai bertindak sebagai pengedar bagi pasaran tempatan dan ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek itu positif dadah.

“Suspek pertama mempunyai dua rekod dadah, manakala suspek kedua tiada rekod jenayah dan suspek ketiga pula mempunyai dua rekod jenayah termasuk dadah.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire dan enam barangan kemas dengan nilai keseluruha­n rampasan RM847,895,” katanya.

Katanya, siasatan terhadap tiga suspek berusia 24 hingga 33 tahun dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

 ??  ?? SEBUAH Toyota Vellfire turut dirampas dalam serbuan.
SEBUAH Toyota Vellfire turut dirampas dalam serbuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia