HARAPAN BADAK JAWA
Penemuan Helen dan Luther dijangka atasi masalah kepupusan badak sumbu
Penemuan sepasang anak badak sumbu Jawa di Taman Nasional Ujung Kulon di sini, memberi harapan dalam penyelesaian masalah kepupusan yang spesies jarang itu.
Dinamakan Helen dan Luther, kedua-dua mamalia itu dilihat bersama ibu mereka menerusi rakaman 100 kamera tersembunyi yang dipasang di taman berkenaan pada Mac hingga Ogos lalu, menurut kenyataan pihak berkuasa. dihadapi ditemui
Kehadirannya juga menjadikan 74 badak sumbu di Taman Nasional Ujung Kulon yang kini menjadi satu-satunya habitat buat binatang liar berkenaan yang diancam kepupusan selama bertahun.
Santuari itu berkeluasan 5,100 hektar dan difahamkan, kerajaan Indonesia meninjau kawasan lain di kepulauan Jawa dan Sumatera
untuk memindahkan badak daripada bahaya Gunung Krakatau yang juga gunung berapi aktif.
“Kelahiran anak badak sumbu ini benar-benar memberi harapan besar dalam kelangsungan hidup badak Jawa yang diancam kepupusan,” kata pegawai kanan kementerian alam sekitar Indonesia.