Harian Metro

SAINGAN SENGIT EMPAT PELUMBA

Kedudukan Dovizioso dalam bahaya di Catalan

- AFP

Empat pelumba sedang memburu kedudukan teratas keseluruha­n MotoGP tatkala mereka sedang mempersiap­kan diri bagi perlumbaan Grand Prix (GP) Catalan esok.

Selepas tujuh pusingan, Fabio Quartararo yang menyinar di awal saingan ketinggala­n satu mata di belakang pendahulu, Andrea Dovizioso.

Dia masih belum memenangi kejuaraan dengan jentera Yamaha sejak kali terakhir perlumbaan diadakan di Sepanyol pada Julai lalu di GP Andalusia.

Pada usia 21 tahun, Quartararo menjadi pelumba termuda untuk mencabar kejuaraan kali ini dan ia adalah penampilan musim keduanya di kategori perlumbaan elit ini.

Menduduki tempat keempat dalam perlumbaan hujung minggu lalu di GP Emilia-Romagna memberi sedikit keyakinan buatnya untuk mengejar trofi juara dunia.

Bagaimanap­un, juara di Itali yang turut menunggang jentera Yamaha, Maverick Vinales berjaya merapatkan jurang dengan menyamai kutipan mata keseluruha­n bersama Quartararo, 83 mata dan menjadi pelumba pilihan untuk memintas Dovizioso.

Pelumba Sepanyol, Joan Mir (Suzuki) kurang empat mata dengan pendahulu untuk menduduki tangga keempat keseluruha­n.

‘‘Barcelona litar kegemaran saya dan gembira untuk beraksi di sini kerana kami boleh memperoleh keputusan yang baik di sini,’’ kata Quartararo.

Dovizioso memiliki sedikit kelebihan berdasarka­n pengalaman­nya dalam saingan MotoGP.

Pada usia 34 tahun, dia satu-satunya daripada keempat-empat pelumba yang meraih mata di setiap perlumbaan sejak permulaan musim dan muncul juara di Austria pertengaha­n Ogos lalu.

Bagaimanap­un, dia akan meninggalk­an pasukan dari Itali itu selepas berakhir kempen musim ini dan terdapat desas-desus berlaku persengket­aan dalam kem Ducati.

‘‘Dalam dua perlumbaan terakhir kami gagal memberikan saingan kompetitif dan jika kami mahu bersaing memburu kejuaraan, kami tidak boleh membuang masa,’’ kata Dovizioso.

 ??  ?? DARI kiri Mir, Dovizioso, Vinales dan Quartararo bersaing hebat buru kejuaraan MotoGP.
DARI kiri Mir, Dovizioso, Vinales dan Quartararo bersaing hebat buru kejuaraan MotoGP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia