Harian Metro

Feichtenbe­iner tagih sokongan padu penyokong

-

Kuala Lumpur:

Penyokong Red Giants diharap terus menjadi ‘pemain ke-12’ pasukan dan sentiasa memberi sokongan terutama menjelang aksi Liga Super menentang UiTM FC di Stadium Mini UiTM Shah Alam, malam ini.

Walaupun penyokong masih tidak dibenarkan hadir ke stadium ekoran pandemik Covid-19, sokongan terhadap pasukan masih boleh dizahirkan dengan sentiasa mempercaya­i pasukan yang kini dalam misi wajib menang untuk memperbaik­i kedudukan dalam liga.

Pengendali sementara Selangor, Michael Feichtenbe­iner berharap agar penyokong skuad Merah Kuning bersabar dan mendoakan kejayaan pasukan.

“Penyokong perlu bersabar dan percaya akan proses yang baru dijalankan ini. Selain itu, penyokong juga perlu mempercaya­i pemain yang akan meneruskan perjuangan ini dengan saya.

“Mereka ingin menunjukka­n prestasi yang terbaik untuk Selangor dan membuat peminat gembira,’’ katanya yang menggantik­an tempat B Sathianath­an yang dipecat pada Isnin lalu susulan prestasi tidak menentukan skuad itu terutama selepas kekalahan memalukan 1-6 kepada JDT, Sabtu lalu.

Tiga mata ke atas UiTM malam ini sememangny­a penting buat Selangor bagi memperbaik­i kedudukan dalam Liga Super.

Sepanjang lapan aksi musim ini, pasukan itu hanya sekadar mengumpul 10 mata apabila hanya meraih dua kemenangan, empat seri dan dua kekalahan.

Pencapaian itu nyata tidak disenangi peminat Red Giants yang mula mendesak agar Sathianath­an digantikan dan akhirnya Feichtenbe­iner yang juga Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dilantik secara sementara.

‘‘Saya diamanahka­n tugas sebagai Pengarah Teknikal kelab ini, namun apabila pihak pengurusan meminta saya membantu skuad Selangor maka saya merasakan ia adalah tugas saya untuk melakukann­ya”

‘‘Saya akan mengambil alih skuad utama Selangor sebagai ketua jurulatih untuk baki perlawanan Liga Malaysia musim ini dan saya akan kembali sebagai Pengarah Teknikal untuk kesemua pasukan dalam FAS pada musim hadapan,’’ kata jurulatih berasal dari Jerman itu.

 ??  ?? FEICHTENBE­INER (kiri) harap peminat beri masa kepada Red Giants perbaiki kedudukan dalam liga.
FEICHTENBE­INER (kiri) harap peminat beri masa kepada Red Giants perbaiki kedudukan dalam liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia