Harian Metro

SABAH TUKAR TANGAN

Dakwa peroleh majoriti mudah rampas pemerintah­an daripada gabungan Warisan Plus

- Oleh Amir Abd Hamid, Sri Ayu Kartika Amri, Suraya Roslan, Raja Noraina Raja Rahim, Muhammad Saufi Hassan, Mahaizura Abd Malek dan Nor’Asyikin Mat Hayin am@hmetro.com.my

Biarpun label Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terlalu baru namun gabungan itu mendakwa memiliki majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi membentuk kerajaan baharu apabila melepasi jumlah 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat 10.30 malam tadi.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa sudah melepasi 37 kerusi seterusnya merampas pemerintah­an negeri daripada gabungan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, semalam.

Untuk rekod, GRS dianggotai oleh Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan beberapa parti lain termasuk calon Bebas yang mesra dengan gabungan berkenaan.

Gabungan berkenaan mendakwa melepasi 37 kerusi, sekali gus mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri manakala Warisan Plus hanya memenangi 21 kerusi berdasarka­n keputusan tidak rasmi setakat jam 10.30 malam tadi.

Kemenangan GRS diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan perkara sama turut diumumkan oleh Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Bung Moktar yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lamag menang mengalahka­n empat calon lain.

Beliau meraih 3,035 undi dengan majoriti 661 undi.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Hajiji Noor turut menang di Dun Sulaman apabila memperoleh 5,919 undi dengan majoriti 3,099 undi.

Seperti dijangka, bekas Ketua Menteri Sabah Datuk

Seri Mohd Shafie Apdal pula mempertaha­nkan kerusi di DUN Senallang dengan memperoleh sebanyak 6,363 undi menewaskan empat pencabarny­a.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga mempertaha­nkan kerusi Dun Tambunan.

Jeffrey memperoleh 8,691 undi menewaskan lima pencabar termasuk penyanyi terkenal Sabah, Jimmy Palikat yang bertanding atas tiket Bebas.

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman, tewas di Dun Bongawan apabila hanya memperoleh 3,598 undi berbanding Daud Yusof daripada Warisan yang meraih 5,400 undi.

Sementara itu, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memaklumka­n, peratusan keluar mengundi 58 peratus daripada 1,088,711 pengundi setakat jam 3 petang semalam.

SPR sebelum ini menyasarka­n peratusan keluar mengundi antara 70 hingga 75 peratus.

Bagi PRN kali ini, 73 kerusi Dun dipertandi­ngkan membabitka­n 476 calon mewakili 16 parti selain 56 calon Bebas.

Dun Sabah dibubarkan pada 30 Julai lalu bagi memberi laluan kepada PRN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Ia berikutan krisis Dun negeri itu apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengumumka­n memberi sokongan kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

58%

Jumlah peratusan penduduk Sabah keluar mengundi

 ??  ??
 ??  ?? SETIAUSAHA Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (tengah) bersama meraikan kemenangan di Magellan Sutera Harbour, malam tadi.
SETIAUSAHA Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (tengah) bersama meraikan kemenangan di Magellan Sutera Harbour, malam tadi.
 ??  ?? PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat dari dekat perkembang­an terkini keputusan PRN Sabah di kediamanny­a, malam tadi.
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat dari dekat perkembang­an terkini keputusan PRN Sabah di kediamanny­a, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia