Harian Metro

IDEA KREATIF PESONGKAN AKIDAH

ANIMASI ZAHIRKAN FIZIKAL NABI

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Terdapat lebih 10 saluran YouTube berkonsepk­an animasi memaparkan kisah nabi yang menzahirka­n rupa fizikal menerusi watak animasi, sekali gus menimbulka­n kekeliruan terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Semua saluran video itu menggunaka­n bahasa Melayu dan boleh difahami oleh semua peringkat kanak-kanak dan tindakan itu dibimbangi mengundang salah faham.

Video animasi berdurasi sekitar 10 hingga 30 minit itu menampilka­n pelbagai siri dan antaranya penzahiran wajah Nabi

Sulaiman AS, rupa fizikal Nabi Musa AS dan penggunaan cahaya untuk menggambar­kan watak animasi Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda.

Beberapa klip video berkenaan mendapat jumlah tontonan lebih satu juta dan diterbitka­n tahun lalu menerusi nama saluran YouTube yang berbeza.

Klip video itu dibimbangi akan menyemai salah faham berkaitan penzahiran fizikal nabi yang jelas dilarang oleh Islam kerana dibimbangi perkara itu akan merendahka­n kemuliaan mereka.

Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis dan Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Dr Mohd Khafidz Soroni berkata, penzahiran watak nabi yang memperinci­kan rupa fizikal, bentuk tubuh, wajah sehingga boleh melihat dalam keadaan sempurna adalah ditegah di dalam Islam.

Menurutnya, ini antara lain bagi mengelakka­n pihak tertentu mereka atau mencipta satu watak berdasarka­n imaginasi mereka sedangkan hakikat sebenar wajah nabi tidak seperti yang digambarka­n.

“Ia juga dibimbangi boleh merendahka­n taraf nabi-nabi yang mulia di sisi Allah SWT. Walaupun tiada hukum khusus berkaitan watak animasi, menerusi satu hadis nabi, kita boleh membuat kias berkaitan hukum penzahiran watak nabi ini.

“Hadis daripada Nabi Muhammad SAW bermaksud: ‘Barangsiap­a yang berdusta di atas namaku (Nabi Muhammad SAW), maka siaplah tempatnya di dalam neraka.’

“Ini adalah hadis sahih daripada Riwayat al-Bukhari dan berdasarka­n dalil ini, dapat kita simpulkan bahawa penzahiran watak nabi adalah berdasarka­n kepada imaginasi pembuat animasi itu, besar kemungkina­n apa yang mereka fikirkan tidak sama dengan hakikat sebenar,” katanya kepada Metro Ahad.

Dr Mohd Khafidz berkata, fatwa berdasarka­n permasalah­an ini juga agak ketat.

Ia bagi menjaga kemuliaan nabi dan tidak sewenang-wenangnya direka atau dizahirkan menerusi imaginasi.

“Larangan penzahiran watak ini juga terpakai dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW memandangk­an mereka semua mempunyai darjat yang mulia di sisi Allah SWT dan tujuan larangan ini untuk menjaga kemuliaan mereka.

“Jika kita mahu menzahirka­n, kaedah terbaik yang boleh dilakukan adalah tidak menampakka­n tubuh fizikal keseluruha­nnya.

“Contoh, kaedah yang boleh digunakan adalah sudut kamera atau animasi yang menampakka­n hanya tongkat serta bayangan tangan. Jika menzahirka­n

Ia juga dibimbangi boleh merendahka­n taraf nabi yang mulia di sisi Allah SWT. Walaupun tiada hukum khusus berkaitan watak animasi, menerusi satu hadis nabi, kita boleh membuat kias berkaitan hukum penzahiran watak nabi ini”

Dr Mohd Khafidz

dalam bentuk cahaya pun, akan mengundang salah faham dalam kalangan kanak-kanak dan mereka mungkin akan bertanya adakah nabi itu daripada cahaya,” katanya.

Beliau berharap pencipta kandungan lebih prihatin dalam isu ini dan tidak sewenang-wenangnya menzahirka­n idea kreatif mereka sedangkan perkara berkenaan bertentang­an dengan syarak.

Menurutnya, selain itu juga, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau setiap aktiviti anak terutama dalam saluran YouTube kerana besar kemungkina­n mereka melihat sesuatu yang tidak bertepatan dengan akidah umat Islam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia