Harian Metro

PAKEJ SERENDAH RM130!

Gugusan pulau di Mersing janjikan pasir putih dan laut jernih memukau

- Oleh Essa Abu Yamin cnews@nstp.com.my

Daerah ini yang kaya dengan keindahan tempat peranginan seperti pantai dan pulau kini menjadi pilihan pelancong domestik untuk bercuti bersama keluarga serta rakan.

Setiausaha Persatuan Pelanconga­n Mersing (MTA) Ahmad Firdaus Shaik Omar berkata, keputusan kerajaan membenarka­n aktiviti pelanconga­n domestik menerusi pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa awal Jun lalu menyebabka­n jumlah pelancong bercuti di daerah ini meningkat.

“Ia juga disokong pakej pelanconga­n ke pulau di sekitar Mersing mendapat sambutan menggalakk­an sejak PKPP diumumkan.

“Semua syarikat pelanconga­n di Mersing juga diberi lampu hijau untuk menawarkan kegiatan perjalanan pulau oleh Majlis Daerah Mersing (MDM) pada Ogos lalu dan sejak itu pelancong dari dalam dan luar negeri berpusu-pusu ke pulau yang ada di sini,” katanya.

Menurut beliau, lokasi pulau yang jaraknya cukup dekat adalah satu kelebihan dan pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti air pada waktu siang seawal jam 8 pagi dan pulang sebelum jam 6 petang pada hari sama.

“Terdapat banyak pengusaha pelanconga­n di Mersing menawarkan pakej lawatan sehari ke pulau dengan harga bermula serendah RM130 hingga RM170 seorang.

“Bagi aktiviti ke pulau, lebih 10 bot melakukan perjalanan setiap hari dari Jeti Mersing dan setiap bot boleh membawa maksimum 12 penumpang.

“Pakej harga serendah RM130 itu termasuk aktiviti snorkeling di Pulau Tengah, Pulau Besar dan Pulau Hujung manakala pakej RM170 pula pelancong akan dibawa ke Pulau Sibu Kukus, Pulau Tokong Rakit,

Pulau Lima, Pulau Mentigi dan Pulau Tinggi,” katanya.

Ahmad Firdaus berkata, pantai di Mersing juga tidak kurang menariknya seperti Pantai Air Papan, Pantai Penyabong, Pantai Tanjung Leman, Pantai Tanjung Resang dan Pantai Pasir Lanun menjadi tempat pengunjung singgah untuk berekreasi di tepi pantai.

“Baru-baru ini juga ramai pengunjung datang ke pantai di sekitar Mersing dan menginap di chalet dan resort yang ada di sini.

“Malah, ada pengunjung yang datang mahu merasai waktu cuti mereka lebih santai dengan berkelah dan memasang khemah di tepi pantai.

“Dengan kehadiran ramai pelancong ke Mersing, sekali gus dapat membantu meningkatk­an pendapatan peniaga makanan dan pengusaha tempat peranginan, jadi tidak hairanlah Mersing mengalami kesesakan jalan raya dengan kehadiran kenderaan pelancong yang datang,” katanya.

Tambah beliau, promosi

‘ Bagi aktiviti ke pulau, lebih 10 bot melakukan perjalanan setiap hari”

Ahmad Firdaus

berstruktu­r dan terancang faktor penting mengapa sektor pelanconga­n daerah Mersing antara yang terawal pulih dan berjaya menarik lebih ramai pelancong.

“Kita juga bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (Motac), Tourism

Malaysia dan Tourism Johor membuat promosi sepanjang tempoh PKPP.

“Ia hasil kerjasama erat pihak MTA, kerajaan negeri serta pemain industri pelanconga­n di daerah ini bagi memastikan pemulihan lebih cepat.

“Antara promosi dilakukan adalah membuat video dan promosi pakej di media sosial dengan memperkena­lkan lokasi tarikan di Mersing,” katanya.

Katanya, pihak berkaitan sudah menjangkak­an kesan Covid-19 terhadap industri pelanconga­n yang mungkin akan mengambil masa yang lama untuk pulih, memandangk­an industri pelanconga­n akan ‘hilang’ ramai pelancong daripada luar negara.

“Atas sebab itu kita memikirkan cara bagaimana memperkuat­kannya kembali dengan menarik pelancong domestik.

“Jadi, antara perancanga­n dilakukan adalah menggunaka­n pengaruh dan melibatkan selebriti tempatan seperti penyanyi Noh Salleh dan pelakon Sharifah Amani yang mempunyai ramai pengikut.

“Antara penekanan yang dibuat dengan hasil kerjasama itu adalah dengan mempelbaga­ikan promosi yang kreatif dan berkesan dengan menonjolka­n produk pelanconga­n menarik seperti pantai dan pulau,” katanya.

 ??  ?? KEINDAHAN gugusan kepulauan Mersing pastinya menjanjika­n percutian sukar dilupakan.
KEINDAHAN gugusan kepulauan Mersing pastinya menjanjika­n percutian sukar dilupakan.
 ??  ?? PENGERUSI Jawatankua­sa Pelanconga­n, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz bersama Pegawai Daerah Mersing, Amanshah Abdul Rahman ketika melawat sekitar pulau di Mersing.
PENGERUSI Jawatankua­sa Pelanconga­n, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz bersama Pegawai Daerah Mersing, Amanshah Abdul Rahman ketika melawat sekitar pulau di Mersing.
 ??  ?? PAKEJ harga serendah RM130 itu termasuk aktiviti snorkeling di Pulau Tengah, Pulau Besar dan Pulau Hujung.
PAKEJ harga serendah RM130 itu termasuk aktiviti snorkeling di Pulau Tengah, Pulau Besar dan Pulau Hujung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia