Harian Metro

TAHAN 12 AHLI GENG 21

Suspek direman bantu siasatan kes pengawal peribadi, ahli perniagaan ditembak

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Seramai 12 individu dipercayai ahli Geng 21 ditahan polis susulan kejadian ahli perniagaan dan pengawal peribadi ditembak di Jalan Sultan Abdul Samad, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superinten­dan Azizan Tukiman berkata, semua suspek berusia 26 hingga 36 tahun ditahan dalam operasi khas sejak kelmarin hingga pagi semalam di sekitar Banting, Sungai Emas, Sungai Jarom dan Telok Panglima Garang.

“Kami percaya 12 individu ini sebahagian daripada ahli kongsi gelap Geng 21 dan buat masa ini, polis masih mengesan saki-baki mereka yang dipercayai menjadi ahli kumpulan haram ini.

“Semua tangkapan kini direman empat hari sehingga

Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, Azizan berkata, lima kesan tembakan mengenai pengawal peribadi yang diserang dua lelaki bermotosik­al di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Datok di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kesan tembakan itu ditemui hasil pemeriksaa­n doktor ke atas mangsa di Hospital Tengku

Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini.

“Seorang lagi individu yang juga majikan kepada pengawal peribadi itu pula terkena dua das tembakan masing-masing di bahagian lengan kiri dan rusuk kanan.

“Kedua-dua mangsa juga mempunyai satu anak peluru yang tersangkut di bahagian tulang belakang. Buat masa ini, doktor sedang melakukan pemeriksaa­n lanjut, sebelum melakukan pembedahan bagi mengeluark­an peluru yang terkena pada badan kedua-dua mangsa,” katanya

Portal MyMetro melaporkan sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki dua lelaki yang cedera akibat terkena tembakan dalam kejadian di hadapan SMK Telok Datok.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, dua lelaki berkenaan dipercayai ditembak oleh dua individu yang menaiki sebuah motosikal.

Kita percaya 12 individu ini adalah sebahagian daripada ahli kongsi gelap Geng 21 dan buat masa ini, polis masih mengesan saki-baki mereka yang dipercayai menjadi ahli kumpulan haram ini”

Azizan Tukiman

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia