Harian Metro

Tiga pondok transit simpan daun ketum

-

Kubang Pasu: Tiga pondok plastik bertongkat kayu di tengah hutan simpan Sungai Badak di Bukit Kayu Hitam di sini, dikesan dijadikan lokasi transit untuk menyimpan daun ketum sebelum diseludup ke negara jiran.

Lokasi yang terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari jalan utama itu terbongkar selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu melakukan serbuan, kelmarin.

Dalam pemeriksaa­n jam 11 pagi itu, anggota polis menemui 1,300 kilogram (kg) daun ketum yang siap dibungkus dalam plastik lutsinar dalam pondok berkenaan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lokasi pondok itu terletak hanya 500 meter dari sempadan Thailand dan pihaknya percaya berkemungk­inan daun ketum itu mahu diseludup ke negara jiran.

Menurutnya, selepas tinjauan dilakukan hampir enam jam di lokasi mendapati tiada sesiapa yang datang mengambil daun ketum berkenaan.

“Berikutan itu, anggota kami merampas daun ketum terbabit di mana 15 guni

sudah dibawa turun dari lokasi.

“Manakala 80 guni daun ketum dibawa turun kerana anggota kami menghadapi cabaran disebabkan kawasan itu terletak di pendalaman selain di kawasan hutan simpan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Asisten Komisioner Mohd Zaki Asyar dan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim.

Hasanuddin berkata, rampasan daun ketum itu dianggarka­n bernilai lebih

RM13,000, tetapi penjual mampu mengaut keuntungan berganda jika dijual di negara jiran.

Menurutnya, walaupun tiada tangkapan dilakukan, namun ia antara kejayaan terbesar membabitka­n rampasan daun ketum, tahun ini.

“Semua daun ketum berkenaan dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

RM13k

Anggaran nilai daun ketum yang ditemui

 ??  ?? HASANUDDIN (kanan) menunjukka­n daun ketum yang dirampas di hutan simpan Sungai Badak dalam serbuan dilakukan, kelmarin.
HASANUDDIN (kanan) menunjukka­n daun ketum yang dirampas di hutan simpan Sungai Badak dalam serbuan dilakukan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia