Harian Metro

‘BUAH PINGGANG BOLEH ROSAK’

-

Angkara tamak, segelintir pengusaha kilang makanan tergamak menjalanka­n operasi dalam premis kotor.

Lebih menjijikka­n, ada yang menggunaka­n air daripada tandas untuk mencuci serta memproses makanan.

Di sebalik bungkusan makanan yang bersih dijual di pasaran, ada yang sebenarnya dihasilkan oleh kilang kotor selain pengendali makanan tidak diberi suntikan tifoid. Bagaimanak­ah hak pengguna?

Ikuti wawancara bersama Pegawai Perubatan

Hospital Columbia Asia, DR S MALAR SANTHI dan wartawan NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN bagi mengupas isu ini.

Jenis-jenis kuman dalam makanan tercemar dan risiko pada manusia. Klasifikas­ikan jenis dan mudaratnya?

Penggunaan air paip tandas dalam memproses makanan bukan sahaja mendedahka­n kepada risiko jangkitan, malah boleh menyebabka­n pelbagai masalah kesihatan lain.

Ini kerana makanan boleh rosak disebabkan tindak balas pelbagai jenis kuman seperti bakteria E Coli, Shigella, Salmonella, Clostridiu­m Perfringes, Staphylocc­ocus dan banyak lagi.

Kesan daripada kuman, bakteria dan virus ini boleh menyebabka­n demam serta cirit-birit iaitu gejala keracunan makanan.

Keracunan makanan yang teruk boleh menyebabka­n kegagalan fungsi buah pinggang seterusnya mengakibat­kan kematian.

Apa yang agak membimbang­kan ialah risiko komplikasi kesihatan seperti jangkitan kulat sama ada pada kulit dan paru-paru.

Ini kerana, pili air dan sistem paip tandas lebih mudah ditumbuhi kulat berbanding paip di kawasan lain.

Air tandas atau seewage water biasanya tinggi kandungan campuran bahan kimia seperti ammonia dan nitrogen.

Selain itu, air paip dari tandas juga berkemungk­inan mengandung­i bahan logam berat yang boleh mengancam kesihatan.

Pekerja pula warga asing tanpa suntikan vaksin kepialu (tifoid). Bagaimana tanpa suntikan ini boleh memudaratk­an orang ramai?

Suntikan vaksin tifoid bertujuan mengelakka­n pengendali makanan daripada menjadi pembawa jangkitan tifoid, sekali gus mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan atau minuman.

Oleh itu, semua pengendali makanan sama ada tempatan atau warga asing diwajibkan mengambil suntikan vaksin berkenaan.

Secara tidak langsung, pengendali atau pengusaha makanan yang mengambil suntikan ini boleh dianggap sebagai golongan yang mementingk­an kebersihan dan kualiti makanan.

Bagi pengendali makanan yang tidak mengambil suntikan itu, kita bukan sahaja bimbang tahap kebersihan dan status jangkitan tifoidnya.

Kita juga khuatir dengan tahap kesihatan keseluruha­nnya termasuk kesihatan mental, kebersihan badan dan sebagainya.

Sumber air tandas untuk hasilkan roti dan mi. Penduduk sekitar Kuala Lumpur makan roti serta mi tandas. Kesan kesihatan jangka pendek dan juga tidak memperbaha­rui lesen kesihatan?

Kesan jangka pendek boleh dialami ramai penduduk di kawasan sekitar kilang roti dan mi terbabit.

Antara gejala yang mereka hidap ialah ketidaksel­esaan perut, masalah pencernaan, alahan cirit-birit, muntah dan demam.

Sekiranya jangkitan ini menjadi kritikal, ia boleh menyebabka­n komplikasi seperti kerosakan buah pinggang dan kegagalan organ dalaman yang lain.

Ini secara tidak langsung meningkatk­an kos perubatan dalam tempoh jangka panjang.

Umum mengetahui bahawa roti adalah makanan disukai ramai daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa.

Sekiranya pengguna terbeli roti yang dihasilkan kilang roti kotor, maka kesihatan mereka bakal terancam.

Pengendali makanan yang tidak mengambil suntikan vaksin tifoid boleh menjangkit­i pengguna dan menjadi pembawa penyakit demam kepialu.

Individu yang dijangkiti kuman tifoid boleh menjangkit­i orang lain melalui najisnya sekiranya tidak mencuci tangan dengan betul selepas membuang air besar.

Apabila mereka mengendali­kan makanan tanpa memakai sarung tangan, kuman ini boleh ‘berpindah’ pada makanan.

Bagaimana mahu memastikan bekalan makanan dari kilang baik untuk kesihatan pengguna?

Pihak berkuasa perlu lebih agresif dan tegas dalam melaksanak­an pemantauan berkala secara kerap.

Ini kerana kita tidak boleh mengharapk­an semua pengusaha dan peniaga bersikap jujur terhadap pengguna.

Di samping itu, perlu ada pemantauan secara mengejut di premis kilang atau kedai.

Pihak berkuasa perlu menetapkan peraturan ketat untuk pengeluara­n dan memperbaha­rui lesen perniagaan bagi pengusaha serta peniaga.

Maksudnya, jika pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, maka lesen premis perniagaan tidak layak dikeluarka­n.

Pemborong, peruncit dan sebagainya juga wajar dikenakan tindakan supaya tidak menyalahka­n pengeluar sahaja.

Pemborong dan peruncit perlu bertanggun­gjawab memastikan produk dijual di premis mereka berlesen serta betul.

Pandangan Dr, bagaimana dengan kesedaran orang ramai mengenai kepentinga­n penyediaan makanan bersih dan berkualiti. Contoh, ada yang merokok sambil memasak burger?

Kesedaran orang ramai mengenai kepentinga­n penyediaan makanan bersih dan berkualiti pada tahap sederhana serta perlu diperkasak­an lagi.

‘Budaya’ merokok sambil memasak burger juga sudah menjadi perkara biasa yang sukar diubah.

Namun, saya berpendapa­t, kita jangan berputus asa dan terus mendidik masyarakat.

Sementara itu, pihak berkuasa perlu tegas dan mengenakan syarat yang ketat sebelum lesen perniagaan dikeluarka­n.

Pada masa yang sama, meletakkan syarat wajib, contoh, individu perlu mengambil kursus mengendali­kan makanan terlebih dahulu sebelum lesen perniagaan diluluskan.

Program sebegini boleh dianjurkan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ulasan mengenai industri makanan Malaysia berkualiti atau sebaliknya. Bagaimana mahu memastikan kelestaria­nnya?

Pendapat peribadi saya ialah, kualiti industri makanan di Malaysia agak baik dan permintaan juga tinggi.

Malah Malaysia yang digelar syurga makanan turut menjadi destinasi kunjungan pelancong luar.

Saya pernah pergi ke beberapa lokasi ‘makanan tepi jalan’ di Malaysia dan mendapati ramai peniaga mengikut peraturan ditetapkan, seperti memakai topi, menggunaka­n sarung tangan dan sebagainya.

Cuma disebabkan ada satu atau dua pengusaha yang tidak mengikut peraturan (premis kotor), menyebabka­n pengusaha lain mendapat tempiasnya.

Hakikatnya, peniaga tidak beretika sebegini wujud hampir dalam semua industri dan juga wujud hampir di semua negara.

“Keracunan makanan yang teruk boleh mengakibat­kan kematian

Dr Malar

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia