Harian Metro

Setiap produk perlu lalui proses pendaftara­n atau notifikasi

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan keperluan pendaftara­n bagi produk farmaseuti­kal, suplemen kesihatan dan tradisiona­l.

Semua produk ini perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM sebelum diimport, dikilangka­n atau dipasarkan di Malaysia.

Produk ini akan dinilai bagi menjamin kualiti dan keselamata­n sebelum digunakan pengguna.

Produk kosmetik pula perlu mendapat notifikasi (NOT) daripada KKM sebelum dipasarkan.

Notifikasi kosmetik ialah proses pemakluman butiran berkaitan produk kosmetik oleh syarikat pemegang notifikasi sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna.

Syarikat yang mengemukak­an notifikasi produk kosmetik bertanggun­gjawab memastikan produk adalah selamat, berkualiti dan terjamin ketulenann­ya.

Bagaimanap­un, masih ramai pengusaha yang ingkar peraturan ini.

Terdapat produk dijual tanpa melalui proses pendaftara­n atau notifikasi yang kebanyakan­nya adalah produk campuran dengan bahan terlarang atau ubat terkawal.

Ada segelintir pengusaha yang mengeliruk­an pengguna dan pembeli dengan memaparkan nombor pendaftara­n atau nombor notifikasi palsu.

Penggunaan produk tidak berdaftar atau bernotifik­asi adalah tidak selamat, tambahan pula jika produk ini digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Produk ini berkemungk­inan besar mengandung­i bahan terlarang atau ubat terkawal dan boleh mendatangk­an kesan sampingan yang serius serta memudaratk­an kesihatan pengguna.

Antara ubat terkawal yang sering dicampur ke dalam produk adalah steroid seperti ‘dexamethas­one’ dan ‘prednisolo­ne’, bahan perangsang seksual seperti ‘sildenafil’ serta ‘tadalafil’, ejen pelangsing seperti ‘sibutramin­e dan sebagainya.

Selain itu, ada pengusaha memasukkan logam berat seperti merkuri dan komponen hidrokuino­n ke dalam produk kosmetik untuk mendapatka­n kesan yang lebih cepat serta mujarab sedangkan bahan ini berbahaya kepada pengguna.

Ini terbukti apabila ada laporan pengguna yang menggunaka­n produk tradisiona­l tidak berdaftar mendapat serangan jantung kerana produk berkenaan dicampur bahan terlarang seperti sildenafil.

Malah, ada pengguna menderita penyakit buah pinggang selepas menggunaka­n produk tidak berdaftar yang mengandung­i ‘dexamethas­one’.

Aduan turut diterima dalam kalangan pengguna kosmetik yang mereka mengalami kerengsaan pada kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Keadaan ini terjadi kerana kekurangan pigmen yang memberi perlindung­an kepada kulit akibat penggunaan kosmetik yang dicampur dengan hidrokuino­n

Pelbagai usaha dijalankan oleh Bahagian Penguatkua­saan Farmasi, KKM bagi menangani isu ini.

Namun, produk haram ini masih dijual dalam pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana wujud permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Testimoni dipaparkan penjual dan tuntutan yang berlebihan mengenai keistimewa­an produk digunakan adalah bagi menarik minat pengguna untuk membeli.

Mereka lebih mempercaya­i testimoni berbanding ujian klinikal yang diperlukan bagi membuktika­n keberkesan­an sesuatu produk.

Sebagaiman­a notifikasi kosmetik, semakan pendaftara­n produk sediaan farmaseuti­kal, suplemen kesihatan dan produk tradisiona­l juga boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulator Farmasi Negara (NPRA) dengan klik pada carian produk.

Aplikasi pintar NPRA status produk boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.

Disediakan oleh:

Masturah Rosli

Penolong Pengarah Kanan (A&P)

Bahagian Perkhidmat­an Farmasi Negeri Terengganu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia