Harian Metro

TAGIH MAGIS ARTETA

Arsenal buru kemenangan hatrik ke atas The Reds

-

Arsenal yang akan berkunjung ke Liverpool awal pagi Selasa ini memburu kemenangan kali ketiga ke atas penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

The Gunners berjaya mengalahka­n pasukan bimbingan Jurgen Klopp di Utara London selepas kelab berkenaan baru saja ditabalkan sebagai juara EPL Julai lalu sebelum mencatat kemenangan kedua bulan lalu dalam saingan Perisai Komuniti.

Berdasarka­n fakta, mereka sekarang ini cuba untuk mengejar kemenangan hatrik ke atas Liverpool tatkala Mikel Arteta dilihat membimbing Arsenal dengan jayanya.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu dilantik menjadi pengurus Disember lalu selepas Unai Emery disingkirk­an dan berjaya meraih trofi utama dalam penampilan pertama yang boleh dianggap sebagai satu petanda positif.

Pihak pengurusan Arsenal membuat keputusan yang tepat untuk membawa semula bekas pemain tengah itu sebagai pengurus.

Secara keseluruha­n Arteta menggunaka­n pemain yang sama ketika di bawah kendalian Emery kecuali dua pemain baru dibawa masuk iaitu Willian dan Gabriel Magalhaes.

Bagaimanap­un, sebelum Arteta mendapatka­n dua pemain Brazil itu, beliau sudah dapat membentuk gandingan mantap walaupun skuad yang sama bergelut kekurangan motivasi.

Salah seorang individu yang mengakui sangat terkesan dengan percaturan Arteta adalah legenda Liverpool, Jamie Carragher.

Carragher berpendapa­t bekas kelabnya sudah tidak sabar untuk berdepan wakil London itu.

‘‘Tidak dapat disangkalk­an lagi Arsenal sedang kembali ke era kegemilang­an di bawah Arteta. Saya rasa beliau pengurus yang cemerlang. Saya kagum dengan cara beliau menguruska­n pasukan.

‘‘Apa yang dilakukann­ya dengan skuad yang pernah diwakiliny­a adalah sangat hebat. Untuk menjuarai Piala FA, mengalahka­n Liverpool beberapa kali dalam saingan liga dan Perisai Komuniti membuatkan Liverpool tidak sabar untuk bertembung dengan mereka sekali lagi,’’ kata Carragher. - Agensi

 ??  ?? ARTETA memberi arahan kepada anak buahnya.
ARTETA memberi arahan kepada anak buahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia