Harian Metro

MCM bina semula masjid runtuh

-

Kuala Lumpur: Tidak sekadar bantuan keperluan asas dan makanan, malah wang hasil sumbangan rakyat Malaysia turut digunakan untuk membina semula masjid yang runtuh ditelan bumi.

Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, tragedi tsunami dan likuifaksi yang ‘menelan’ Palu, Sulawesi, Indonesia, dua tahun lalu dianggap bencana terburuk selepas tsunami di Aceh, Sumatera.

Menurutnya, sukarelawa­n MCM segera dihantar ke lokasi tragedi sebaik menerima maklumat berkaitan bencana yang berlaku 28 September 2018.

“Saya turut menjadi saksi kejadian itu berikutan turut berada di Sulawesi atas urusan tugas. Malah, saya segera ke kawasan bencana Petobo dan melihat proses mencari ribuan mangsa yang terkorban di situ.

“Sebanyak tujuh misi bantuan kemanusiaa­n MCM dihantar ke Palu, Sulawesi, dengan membawa bantuan makanan dan perubatan.

“Tabung bantuan kecemasan gempa bumi dan tsunami Sulawesi diwujudkan MCM sebelum ini berjaya mengutip sejumlah wang sebelum bantuan membabitka­n dana RM450,000 disalurkan kepada mangsa di sana,” katanya.

Beliau berkata, usaha MCM turut dilakukan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Geng Ustaz dan Medicom.

“Malah, sebanyak lebih RM400,000 lagi diperuntuk­kan bagi membina semula sebuah masjid yang runtuh di Palu, Sulawesi. Masjid itu diberi nama Masjid Ustaz Norazli Musa bagi memperinga­ti nama almarhum yang pernah menjadi exco Muslim Care Malaysia dan Presiden Geng Ustaz,” katanya.

Sementara itu, usaha murni turut digerakkan Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membangunk­an perkampung­an ummah dan perumahan di Teluk Palu selain pembinaan empat masjid.

Turut serta Sukarelawa­n Dakwah Islamiah (Sudi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) yang membangunk­an semula Masjid Baitul Rahman iaitu masjid daerah di Kota Palu yang rosak teruk.

‘ Sebanyak tujuh misi bantuan kemanusiaa­n MCM dihantar ke Palu, Sulawesi” Zulkifli

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia