Harian Metro

PALU BANGKIT SEMULA

Mercy Malaysia pastikan sosio ekonomi, kebajikan rakyat dibadai tsunami, likuifaksi dijaga

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Dua tahun sudah berlalu namun kasih sayang rakyat Malaysia terhadap mangsa tsunami dan pencairan tanah (likuifaksi) di Palu serta Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia terus mengalir hingga kini.

Tragedi yang mengorbank­an 2,113 nyawa pada tanggal 29 September 2018 itu turut memusnahka­n 66,926 kediaman di wilayah berkenaan.

Biarpun bencana luar biasa ini kian dilupai namun sumbangan dana kemanusiaa­n oleh badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia masih disalurkan tanpa henti. Harapan mangsa terus didengar dan dipenuhi.

Ketua pasukan misi Mercy Malaysia ke Palu, Norazam Abu Samah berkata, warga Palu yang menjadi mangsa gempa bumi itu tidak pernah dilupakan, malah pihaknya sentiasa berhubung dan mendapatka­n maklumat terkini penduduk Palu yang diberikan bantuan sebelum ini.

Menurutnya, Mercy Malaysia antara NGO terawal tiba di lokasi bencana, tidak sekadar menghantar pasukan perubatan dan memberikan bantuan makanan diperlukan ketika itu.

“Sebaliknya kami memikirkan keperluan lebih mendesak iaitu rumah sementara untuk didiami ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

“Susulan itu, Mercy Malaysia berusaha membina penempatan sementara di Jalan Diponegoro, Palu yang dilengkapi 205 kediaman lengkap 33 tandas, 22 unit tempat mandi umum, sebuah sekolah rendah, sebuah tadika, sebuah surau dan enam wakaf untuk kegunaan penghuni,” katanya yang menyertai misi kemanusiaa­n Mercy Malaysia sejak 20 tahun lalu.

“Penempatan Hunian Antara Lere dibina itu terletak dua kilometer dari tapak asal kampung mangsa di antara Masjid Terapung Palu dan Jambatan Kuning Kota Palu yang musnah ditelan gelombang tsunami,” katanya.

Sebagai arkitek yang membina pelan penempatan itu, Norazam memberitah­u, fasa awal bantuan disalurkan lebih memfokuska­n kemudahan infrastruk­tur

Mercy Malaysia membina penempatan sementara di Jalan Diponegoro, Palu yang dilengkapi 205 kediaman lengkap 33 tandas, 22 unit tempat mandi umum, sekolah rendah, tadika, surau dan enam wakaf untuk kegunaan penghuni”

Norazam

berikutan kebimbanga­n pihak pemerintah Indonesia berdepan kesulitan untuk membina rumah baharu dalam tempoh segera.

“Lokasi seluas 1.6 hektar dibangunka­n Mercy Malaysia itu menjadi penempatan sementara selesa untuk lebih 1,000 mangsa yang hilang tempat tinggal.

“Sejak itu pasukan

Mercy Malaysia sentiasa berulang alik ke Palu, Sulawesi bagi melihat perkembang­an selain menyalurka­n bantuan berterusan kepada mangsa di sana. “Kali terakhir kunjungan kerja dilakukan kami pada 13 Mac lalu sebelum pandemik Covid-19 menyebabka­n pintu sempadan negara ditutup,” katanya.

Norazam yang mesra dengan panggilan Pak Azam memberitah­u, Mercy Malaysia berjaya membangunk­an program keusahawan­an dan latihan industri kecil bagi membolehka­n penduduk menjana semula ekonomi setempat.

“Melalui bantuan dana sumbangan rakyat

Malaysia, golongan wanita di sana kini aktif menjalanka­n perusahaan menghasilk­an serunding ikan untuk diniagakan.

“”Malah, kami turut menyumbang­kan mesin jahit bagi membolehka­n kaum wanita yang mendiami Penempatan Hunian Antara Lere menghasilk­an produk kraftangan dan beg tangan,” katanya.

Menurutnya, latihan dan bimbingan berterusan itu membolehka­n warga Palu bangkit semula untuk memulakan kehidupan baru serta melupakan trauma dialami akibat bencana besar yang berlaku itu.

“Keprihatin­an dipamerkan rakyat Malaysia secara berterusan ini bukan hanya merapatkan hubungan dua negara malah berjaya memastikan aspek sosio ekonomi dan kebajikan mangsa bencana itu dipulihkan,” katanya yang pernah terbabit dengan misi kemanusiaa­n di Aceh, Afganistan, Sri Lanka, Myanmar dan banyak negara lain.

 ??  ?? BENCANA tsunami dan likuifaksi yang meragut nyawa ribuan penduduk Palu, dua tahun lalu.
SUKARELAWA­N Malaysia kerap mengunjung­i Palu, Sulawesi untuk menyalurka­n bantuan berterusan kepada mangsa.
BENCANA tsunami dan likuifaksi yang meragut nyawa ribuan penduduk Palu, dua tahun lalu. SUKARELAWA­N Malaysia kerap mengunjung­i Palu, Sulawesi untuk menyalurka­n bantuan berterusan kepada mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia