Harian Metro

Masih ramai mangsa terkesan tinggal dalam ‘tenda darurat’

-

Kuala Lumpur: “Masih ramai mangsa gempa bumi di Palu, Sulawesi yang terselamat dua tahun lalu menghuni ‘tenda darurat’ (khemah pelarian ) sehingga kini,” ujar salah seorang sukarelawa­n tempatan, Rahmat Iskandar, 45.

Dia yang terselamat dari bencana besar itu mengakui proses pemulihan pemerintah Indonesia terhadap ribuan mangsa tragedi tsunami dan likuifaksi masih belum selesai sepenuhnya.

Menurutnya, kelewatan pihak pemerintah

Indonesia menyiapkan rumah hunian tetap atau dipanggil huntap menyebabka­n mangsa tidak punya pilihan dan terpaksa menghuni khemah usang dibina dari kanvas serta daun nipah terutama di sekitar Sigi, Pertoba dan Balaroa di Palu.

“Malah, wabak Covid-19 yang teruk melanda Indonesia menyebabka­n pembinaan huntap

Wabak Covid-19 menyebabka­n pembinaan huntap tergendala

tergendala. Kurang 40 peratus dapat disiapkan sekali gus menyebabka­n penduduk Palu masih tinggal di ‘tenda darurat’.

“Setakat ini, Kementeria­n Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) giat membina rumah berkonsepk­an kediaman tahan gempa bumi bagi memastikan keselamata­n penghuni jika bencana sama berulang,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

Rahmat yang juga koordinato­r bagi program bantuan Mercy Malaysia memaklumka­n setiap rumah dibina PUPR itu menelan belanja sekitar Rupiah 50 juta ( RM13,900 ) dan sebanyak 6,800 huntap sedang giat dibina.

“Kami penduduk Palu amat berterima kasih dengan bantuan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia termasuk Mercy Malaysia yang membina penempatan sementara di Antara Lere, Kota Palu.

“Ketika ini 150 keluarga masih menghuni penempatan ini manakala selebihnya sudah berpindah ke huntap atau kediaman kekal lain.

“Alhamdulil­lah, selama dua tahun ini, beribu mangsa gempa bumi mempunyai tempat berteduh dibina Mercy Malaysia.

“Syukur, mereka ( NGO Malaysia ) tidak hanya memberi bantuan sekali sahaja...malah terus menyalurka­n sumbangan supaya kami mampu bangkit,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penghuni, Pak Suhandi, 39, meluahkan rasa terima kasih atas bantuan berterusan disalurkan rakyat Malaysia.

“Saya masih menghuni Penempatan Hunian Antara Lere dibina NGO Malaysia dan berharap akan memperoleh­i rumah kekal satu hari nanti.

“Apa yang dibimbangi kini adalah penularan virus Covid-19 yang melanda Indonesia dan negara lainnya,” katanya.

 ??  ?? PENEMPATAN di Antara Lere, Kota Palu, Sulawesi dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi yang masih didiami sehingga kini.
PENEMPATAN di Antara Lere, Kota Palu, Sulawesi dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi yang masih didiami sehingga kini.
 ??  ?? RUMAH hunian tetap atau dipanggil huntap yang giat dibina untuk mangsa gempa bumi Palu.
RUMAH hunian tetap atau dipanggil huntap yang giat dibina untuk mangsa gempa bumi Palu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia