Harian Metro

Semangat Raqiib Qausar luar biasa

-

“Mulanya risau dan takut bawa anak saya menyertai ekspedisi ke Gunung Nuang apatah lagi dia baru saja berusia lapan tahun,” kata Nurul Hida Khamis, 35.

Itu reaksi awal, ibu kepada Raqiib Qausar Mohd Hafiz, 8, yang tidak menyangka anak bongsunya itu berjaya menyempurn­akan pendakian Gunung Nuang setinggi 1,493 meter walaupun masih kecil.

Menurutnya, ekspedisi itu dianjurkan bersama tujuh rakannya termasuk jurupandu berlesen sempena Hari Malaysia, 16 September lalu.

“Sepanjang perjalanan dia tidak banyak ragam malah bersemanga­t dan tidak henti-henti bertanyaka­n pelbagai soalan kepada orang dewasa mengenai apa dilihatnya.

“Kami menyangka perjalanan akan mengambil masa. Namun, semua terkejut tahap kecergasan Raqiib sama seperti kami walaupun itu pengalaman pertamanya.

“Dalam pendakian itu, kami mengambil masa empat jam untuk sampai ke puncak dan tiga jam untuk sampai ke air terjun Gunung Nuang,” katanya kepada Harian Metro.

Nurul Hida berkata, selepas foto itu dikongsi di akaun Twitter miliknya dan aplikasi WhatsApp kelas, anaknya sering dipuji guru dan rakannya di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi Klang, Selangor.

“Ketika berada di puncak saya tukarkan baju sukan yang dipakainya kepada baju seragam sekolah sebagai tanda penghargaa­n atas pencapaian­nya.

“Rakan-rakan, guru-guru dan warganet turut memuji kesungguha­n Raqiib mendaki gunung,” katanya.

Nurul Hida yang juga Pengurus Cawangan Agensi Pengangkut­an dan Perkapalan di Pelabuhan Klang, Selangor berkata, Raqiib Qausar sebenarnya bukanlah kanak-kanak yang aktif bersukan pada awalnya.

“Kebiasaann­ya dia hanya duduk rumah kerana saya bimbang keselamata­nnya bermain di luar.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami banyak habiskan masa di rumah sehingga televisyen dan gajet menjadi peneman,” katanya.

Menyedari hal itu, Nurul Hida bermula perlahan-lahan mendedahka­n Raqiib Qausar dengan ekspedisi meredah hutan di Sungai Lepoh, Hulu Langat.

“Dalam ekspedisi itu, saya berjumpa dengan seorang jurupandu gunung, Zulkefly Zainal. Dia yang meyakinkan saya bahawa Raqiib mampu mendaki gunung melihat kepada kecergasan dan langkah kakinya.

“Disebabkan itu, saya berani membawa Raqiib menyertai ekspedisi ke Gunung Nuang yang juga dipantau oleh Zulkefly yang mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti pendakian,” katanya.

Dia yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu berkata, aktiviti mengembara di hutan adalah terapi baginya dalam melepaskan tekanan kehidupan.

Tambahnya, dia merancang untuk membawa Raqiib Qausar lagi yang juga berkongsi minat sama dengannya untuk ke ekspedisi mendaki gunung atau bukit lain.

 ??  ?? RAQIIB Qausar bersama ibunya Nurul Hida bergambar kenangan di puncak Gunung Nuang.
RAQIIB Qausar bersama ibunya Nurul Hida bergambar kenangan di puncak Gunung Nuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia