Harian Metro

15 jenis ubat jadi peneman

Budak lelaki tiga tahun derita penyakit saraf dan paru-paru sejak dilahirkan

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Bergantung kepada 15 jenis ubat setiap hari. Begitu derita ditanggung Danial Faiq Rizqin Mohammad Hasanin akibat penyakit saraf dan paru-paru yang dihadapi sejak lahir.

Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tujuh bulan itu juga hanya mampu terbaring sepanjang masa dan tidak boleh bercakap selain kedua-dua matanya juga tidak dapat melihat.

Ibunya, Nor Lyana Atikah Mohamed, 21, berkata, anak tunggalnya itu pernah dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) selama hampir dua bulan sejak lahir sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Menurutnya, keadaan anaknya memyebabka­n dia tidak pernah meninggalk­an Danial Faiq sendirian kerana bimbang diserang sawan pada bila-bila masa selain bergantung sepenuhnya kepada 15 jenis ubat setiap hari.

“Walaupun anak saya kini sudah mencecah usia empat tahun namun fizikalnya tidak ubah seperti seorang bayi dengan berat badan hanya enam kilogram.

“Setiap sebulan sekali dia perlu berjumpa pakar di HRPZII untuk mengetahui perkembang­annya.

“Anak saya juga perlu minum susu khas sebanyak enam kali sehari setiap empat jam melalui tiub yang dipasangka­n di perutnya ketika berusia setahun,” katanya.

Nor Lyana berkata demikian ketika menerima badan bukan kerajaan (NGO) Kebajikan dan Sukarelawa­n Sosial (KELSS) diketuai Akidi Hamid di Kampung Padang Bembam, Melor di sini.

Pada program itu, KELSS turut menyampaik­an sumbangan kewangan selain lampin pakai buang, susu khas dan beg susu bagi meringanka­n beban yang ditanggung.

Orang ramai boleh menyalurka­n bantuan menerusi akaun bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) 03014-41-00015352-6 atas nama Nor Lyana Atikah Mohamed atau menghubung­inya di talian 010-7935972.

Nor Lyana berkata, dia kini perlu menjaga Danial Faiq sendirian selepas berpisah dengan suami pada Julai tahun lalu dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan RM350 daripada Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membeli barang keperluan anaknya.

“Setiap bulan, saya perlu memperuntu­kkan sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk susu khas berharga RM162 setin yang mampu bertahan selama dua minggu selain lampin pakai buang dan juga beg susu.

“Mujurlah Danial Faiq memperoleh bantuan JKM sekali gus dapat meringanka­n beban untuk menampung keperluan membeli barang keperluann­ya setiap bulan,” katanya.

Katanya, tanggungja­wab menjaga Danial Faiq bukan bebanan buatnya walaupun mempunyai impian melihat anaknya membesar seperti kanak-kanak lain.

“Bagaimanap­un, saya sedar dia hanya mampu berbaring atas tilam sahaja,” katanya.

“Sebulan sekali dia perlu berjumpa pakar di HRPZII Nor Lyana

 ??  ??
 ??  ?? NOR Lyana bersama anak tunggalnya, Danial Faiq yang yang menderita penyakit saraf dan paru-paru sejak lahir.
NOR Lyana bersama anak tunggalnya, Danial Faiq yang yang menderita penyakit saraf dan paru-paru sejak lahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia