Harian Metro

Hidup berhimpit rumah adik

-

Kami tiga beranak mengharapk­an ihsan Abdul Malek bagi meneruskan hidup dalam keadaan serba kekurangan”

Zakaria Abdul Rahman

Alor Gajah: Tiga sekeluarga yang kehilangan rumah akibat kebakaran di Kampung Seberang Perai, Sungai Petai di sini pada awal bulan ini tiada pilihan selain menumpang di kediaman Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) anggota keluarga mereka.

Meskipun tinggal dalam kediaman sempit, Zakaria Abdul Rahman, 57, dan adiknya, Moktar, 56, serta ibu mereka Ramlah Lisut, 72, terpaksa mengharapk­an ihsan adik bongsu, Abdul Malek, 53, yang menghuni rumah berkenaan dengan isteri dan empat anak berusia antara 18 hingga 24 tahun.

Zakaria berkata, dia dan Mokhtar yang masih bujang tidak mampu membina kediaman baharu kerana sekadar bekerja kampung seperti mengambil upah membersihk­an kebun, bertukang dan seumpamany­a.

“Selepas berhenti kerja kilang dua tahun lalu, saya sempat baiki rumah peninggala­n bapa, tetapi semuanya musnah terbakar.

“Kami tiga beranak mengharapk­an ihsan Abdul Malek bagi meneruskan hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana dia juga bekerja kampung manakala empat anaknya bekerja kilang,” katanya selepas menerima sumbangan RM3,000 daripada Penghulu Dewan Undangan Negeri (Dun) Rembia, Ali Hassan Ahmad Shamsuddin di tapak kejadian hari ini.

Sumbangan berkenaan diberikan Tabung Bencana Alam kerajaan negeri bagi membantu keluarga terbabit meneruskan kehidupan.

Zakaria berkata, mereka sekeluarga berharap kerajaan negeri mempertimb­angkan permohonan mendapatka­n rumah baharu di tapak sama, sekali gus meringanka­n beban Abdul Malek dan anggota keluargany­a yang sudi berkongsi kesukaran.

Katanya, jika diharapkan pada pendapatan­nya dan Mokhtar, tidak mungkin rumah baharu mampu dibina dan mereka berdoa ada pihak sudi menghulurk­an bantuan.

 ??  ?? ALI Hassan (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Zakaria sambil diperhatik­an Mokhtar di Kampung Seberang Perai, Sungai Petai.
ALI Hassan (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Zakaria sambil diperhatik­an Mokhtar di Kampung Seberang Perai, Sungai Petai.
 ??  ?? KEADAAN sisa rumah Zakaria yang musnah dalam kebakaran
KEADAAN sisa rumah Zakaria yang musnah dalam kebakaran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia