Harian Metro

JSJK Bukit Aman sahkan terima 40 laporan

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 40 laporan polis diterima di seluruh negara dengan jumlah kerugian hampir RM500,000 membabitka­n penipuan pakej penginapan bilik hotel mewah dipercayai didalangi sepasang suami isteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob (gambar) berkata, pihaknya membuka empat kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

“Sehingga kini, sebanyak 40 laporan polis diterima dengan kerugian berjumlah RM497,610. Daripada laporan itu, kami membuka empat kertas siasatan bagi kes terbabit.

“Semua mangsa yang membuat laporan polis terdiri daripada beberapa latar belakang pekerjaan termasuk kakitangan hospital, pemilik agensi pelanconga­n, kakitangan kerajaan serta pensyarah,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Zainuddin berkata, modus operandi sindiket itu adalah menawarkan pakej pelanconga­n di hotel mewah kepada mangsa menerusi mesej di kumpulan sembang aplikasi WhatsApp.

“Mangsa yang melihat tawaran murah itu kemudian bersetuju dan membuat pembayaran ke dalam akaun milik suspek yang didaftarka­n atas nama sebuah syarikat dipercayai agensi pelanconga­n.

“Mangsa kemudian rasa tertipu apabila tidak mendapat sebarang makluman mengenai perkembang­an urusan pakej yang sudah ditempah. “Semua urusan tempahan yang dilakukan oleh mangsa dibuat hanya melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Sementara itu, usaha wartawan Harian Metro mendapatka­n penjelasan daripada pasangan suami isteri terbabit tidak berjaya apabila talian telefon mereka gagal dihubungi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia