Harian Metro

‘Orang tuduh saya songlap duit’

-

Kuala Lumpur: Hanya kerana mempromosi­kan pakej percutian ditawarkan pasangan suami isteri, seorang penjual dalam talian dituduh penipu oleh beberapa pelanggan.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Jasmin, 27, berkata, dia mengetahui mengenai pakej penginapan itu melalui kenalan Facebook yang turut mempromosi­kannya di media sosial berkenaan pada Jun lalu.

“Bermula daripada itu, saya menghubung­i si isteri dan menempah sebuah hotel mewah di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 14 hingga 16 Ogos lalu pada harga RM499. Sepanjang percutian itu, semuanya berjalan lancar.

“Malah, pasangan berkenaan menawarkan komisen 10 peratus bagi setiap pelanggan diperoleh sebelum saya memuat naik promosi lain berkaitan pakej berkenaan di semua platform media sosial bagi tempoh dua minggu,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Jasmin berkata, seramai 19 pelanggan menempah pakej sama di hotel terbabit menerusi promosi dilakukann­ya termasuk membuat pembayaran ke akaun si isteri membabitka­n wang berjumlah RM12,980.

“Bagaimanap­un, saya dimaklumka­n pelanggan bahawa nombor tempahan bilik tidak diberikan kepada mereka dan terpaksa menetap di hotel lain sebaik tiba di Port Dickson pada 31 Ogos lalu.

“Selepas menerima aduan itu, saya menghubung­i wanita terbabit (si isteri) supaya memulangka­n wang pelanggan kerana mereka membuat pembayaran terus ke akaun bank miliknya, namun dia memberi pelbagai alasan,” katanya.

Katanya, suami isteri itu gagal dihubungi selepas dipercayai mematikan telefon bimbit menyebabka­n ada antara ejen mahupun pelanggan pergi ke rumah mereka di Sungai Buloh, Selangor untuk mendapatka­n penjelasan namun mereka tiada di kediaman terbabit.

“Saya kesal dengan perkara ini kerana ia menyebabka­n imej saya terjejas apabila ada pihak menuduh saya ‘songlap’ wang berkenaan selain difitnah sebagai penipu.

“Apa yang saya mahu jelaskan adalah saya hanya orang tengah dan tidak berkomplot dengan suami isteri itu untuk menipu orang ramai. Malah, ramai ejen lain yang turut menjadi mangsa mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia