Harian Metro

275 idam jadi YB hilang deposit

Dun Bengkoka catat paling ramai peroleh kurang satu per lapan daripada undian keseluruha­n

- Bernama

Seramai 275 daripada 447 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan (PRN) Sabah hilang wang deposit apabila gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruha­n undi yang dikira.

Seramai 172 calon lain kalah, tetapi tidak hilang deposit.

Antara mereka yang hilang deposit ialah pertanding­an 11 penjuru di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bengkoka yang menyaksika­n paling ramai calon hilang wang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruha­n.

Calon yang hilang deposit ialah Jose Modsinupu (Parti Cinta Sabah -PCS), Samuil Mopun (Parti Bersatu Sabah - PBS), Sotijin Juhui (Parti Gagasan Rakyat Sabah - Gagasan), Rita Cham (Parti Perpaduan Rakyat Sabah PPRS),

Omar Jalun (Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu - Usno) serta tiga calon Bebas iaitu Pransol Tiying, Mary E Dumpangol@Aminah Ambros, Akian Ah Kiew.

Manakala, dua pemimpin utama Parti Liberal Demokratik (LDP) iaitu Presiden Kehormat Seumur Hidup LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Presidenny­a Datuk Chin Su Phin turut hilang deposit masing-masing di Dun Inanam dan Api-Api.

Chong kecundang dalam pertanding­an 10 penjuru yang menyaksika­n enam lagi calon lain yang bertanding di kerusi berkenaan hilang wang pertaruhan iaitu Terence Tsen Kim Katt (Parti Kerjasama Anak Negeri), Mohd Hardy Abdullah @ Zoro Yukon (Usno), Regina Lim @ How (PCS), Goh Fah Shun (Gagasan) dan dua calon Bebas iaitu Ngui Kuang Kee @ George Ngui dan Achmad Noorasyrul­l Noortaip.

Dun Api-Api, yang menyaksika­n pertanding­an sembilan penjuru, enam calon lain selain Chin hilang wang deposit iaitu Lo Yau Foh (PPRS), Chong Tze Kiun (Gagasan), Pang Yuk Ming (PCS) dan tiga calon Bebas iaitu Marcel Jude dan Sim Sie Hong dan Ng Chun Sua.

PRN Sabah turut menyaksika­n calon Parti Warisan Sabah (Sabah) Phoong Jin Zhe yang bertanding di Dun Luyang memperoleh jumlah undi terbanyak iaitu 15,510 undi menewaskan lima lagi pencabarny­a yang kesemuanya hilang wang deposit.

Manakala Rina Jainal, juga calon Warisan menang dengan majoriti paling kecil iaitu mendahului hanya dengan 10 undi berbanding pencabar terdekatny­a, Chaya

Sulaiman yang memperoleh 2,824 undi dalam pertanding­an tujuh penjuru di Dun Kukusan.

Lima lagi pesaing Rina turut hilang wang deposit.

Dalam pada itu, PRN kali ini yang berlangsun­g kelmarin juga menyaksika­n sejumlah 3,884 kertas undi tidak dikembalik­an manakala 14,056 undi ditolak daripada keseluruha­n 749,083 atau 66.61 peratus pemilih berdaftar yang keluar mengundi.

 ??  ?? PENUMPANG yang baharu tiba dari Menumbok, Sabah menunjukka­n jarinya yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 kelmarin sambil menunjukka­n gelang kuarantin di Terminal Feri Antarabang­sa Labuan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, semua individu yang baharu tiba dari Sabah wajib menjalani saringan di pintu masuk antarabang­sa (PMA) bermula semalam sehingga 10 Oktober ini. - Bernama
PENUMPANG yang baharu tiba dari Menumbok, Sabah menunjukka­n jarinya yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 kelmarin sambil menunjukka­n gelang kuarantin di Terminal Feri Antarabang­sa Labuan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, semua individu yang baharu tiba dari Sabah wajib menjalani saringan di pintu masuk antarabang­sa (PMA) bermula semalam sehingga 10 Oktober ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia