Harian Metro

Mencari KM baharu Sabah

Di sini penting kebijaksan­aan Yang di-Pertua Negeri untuk melantik seorang yang dapat sokongan majoriti seterusnya membentuk kestabilan politik negeri

-

Kemelut menamakan ketua menteri bagi menerajui pentadbira­n kerajaan Sabah terus membelengg­u Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walaupun sudah berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, kelmarin. ‘Pertempura­n terbuka’ itu sebenarnya sudah mula dihidu sebaik GRS ditubuhkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) beberapa hari sebelum penamaan calon.

Nama calon kerusi Sulaman Datuk Hajiji Noor sudah dicanang PN sebagai calon Ketua Menteri Sabah sekiranya gabungan yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dapat membentuk kerajaan.

Hajiji, 65, yang juga Pengerusi PN Sabah bukan nama asing dalam landskap politik Sabah kerana antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) senior pernah menjawat jawatan menteri dalam Kabinet negeri sebelum ini.

Dalam PRN Sabah kali ini, Hajiji menang selesa dengan majoriti 3,099 undi, sekali gus mempertaha­n kerusi yang disandangn­ya sejak 1990.

Tanggungja­wab dan komitmen tinggi sebagai wakil rakyat di kawasan itu sejak lima penggal lalu berjaya dikekalkan dengan memperoleh 5,919 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Namun, ‘pengumuman’ yang dibuat beberapa pemimpin kanan PN itu ternyata mengundang rasa kurang senang sekutunya dalam BN kerana turut berhasrat meletakkan calon parti itu sebagai ketua menteri.

Datuk Bung Moktar Radin antara nama yang disebut sejak awal kempen PRN Sabah memandangk­an dia adalah Pengerusi BN Sabah selain berpengala­man sebagai Ahli Parlimen Kinabatang­an.

Walaupun mencuba nasib di Lamag yang menjadi kerusi baharu dalam PRN kali ini, Bung masih selesa walaupun menang dengan majoriti 661 undi.

Bagaimanap­un, menamakan Bung Moktar sebagai Ketua Menteri hanya ‘cakap-cakap politik’ ketika itu, BN sebaliknya terus konsisten dengan pendirian hanya akan menamakan calon ketua menteri sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Sehingga analisis ini ditulis, tiada nama dalam kalangan Adun BN yang dimaklumka­n kepada umum untuk menjawat jawatan nombor satu kerajaan negeri itu.

Perbezaan kerusi yang dimenangi PN dan BN dalam

PRN ini sangat hampir kerana hanya dibezakan tiga kerusi masing-masing 17 dan 14 kerusi saja.

Kini, PBS dan tiga calon bebas menjadi king maker untuk menentukan sokongan sama ada terhadap PN atau BN kerana sehingga kini parti itu belum mengeluark­an kenyataan untuk menyokong calon ketua menteri dari kem PN atau BN.

Kemelut ini tidak dapat diselesaik­an dalam mesyuarat khas yang dihadiri pemimpin kanan PN, BN dan PBS sehingga memaksa campur tangan Istana Negeri.

Namun kini, tumpuan terarah kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin yang sudah menerima menghadap Hajiji, Bung Moktar dan Jahid Jahim yang juga Setiausaha Agung PBS serta Presiden Star, Datuk Dr Jeffery Kitingan semalam.

Penganalis­is Politik Kumpulan GeoPeS Universiti Malaysia

Sabah, Prof Madya Mohd Noor Yazid berkata, Juhar mempunyai kuasa mengikut Perkara 6(3) dan Perkara 6(7) Perlembaga­an Negeri Sabah dalam melantik seorang ketua menteri.

Menurutnya, nama yang dikemukaka­n itu adalah seseorang Adun yang mempunyai sokongan majoriti daripada parti yang memenangi PRN.

“Yang di-Pertua Negeri Sabah melantik Ketua Menteri daripada parti yang menang dengan matlamat mewujudkan kestabilan politik dalam pentadbira­n kerajaan negeri.

“Di sini penting kebijaksan­aan Yang di-Pertua Negeri untuk melantik seseorang yang dapat sokongan majoriti seterusnya membentuk kestabilan politik negeri,” katanya.

Kemelut ini perlu diselesaik­an secepat mungkin kerana fokus kepada pembanguna­n dan ekonomi negeri perlu disegeraka­n di sebalik pandemik Covid-19 yang terus mencengkam negeri ini khususnya di pantai timur Sabah iaitu Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tawau.

Penulis adalah wartawan Harian Metro yang membuat liputan PRN di Sabah

 ??  ?? HAJIJI
HAJIJI
 ??  ?? BUNG MOKTAR
BUNG MOKTAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia