Harian Metro

Memang dah rasa berat hati

Zamani bersyukur sempat pulang dari persembaha­n urus pengebumia­n arwah kakak

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

“Saya cakap pada dia (arwah kakak) saya tak nak pergi show apabila melihat keadaannya agak teruk.

“Tapi, dia kata jangan kerana dah janji dengan orang. Nanti kena saman dan lagi pun ia babitkan karier saya,” kata penyanyi Zamani Slam mengulas perbualan akhir dengan kakaknya, Allahyarha­m Zuraidah Ibrahim pada malam kelmarin.

Zuraidah, 53, menghembus­kan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dalam darah dan komplikasi buah pinggang di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, jam 1 tengah hari, semalam.

Zamani yang sepatutnya menjayakan persembaha­n Konsert Mini Bersama Zamani & Ameng di sebuah hotel di Pulau Pinang, semalam berkata, dia sebenarnya berat hati untuk ke sana.

“Perasaan itu amat berat. Saya dan isteri (Nur Juliana Abdul Rani) bertolak pun jam 9 pagi. Ketika sampai di

Bukit Gantang, saya terima satu panggilan telefon yang dijawab oleh isteri.

“Dia diam selepas itu seperti sembunyika­n sesuatu. Melihatkan keadaannya yang lain macam, saya bertanya perkara sebenar dan baharu dia jawab.

“Saya teruskan perjalanan ke lokasi persembaha­n untuk jelaskan kepada penganjur dan buat video. Mereka pun faham situasi saya,” katanya.

Menurutnya, untuk memandu kereta pulang semula ke Kuala Lumpur agak mustahil dan penganjur membantu membelikan tiket penerbanga­n pulang pada jam 5.45 petang.

“Kami bawa kakak ke hospital pada Khamis lalu untuk buat proses dressing bahagian kakinya. Keadaannya ketika itu lemah dan dia dimasukkan ke Unit Rawatan

Rapi (ICU).

“Sejak itu, saya pastikan setiap malam pergi menjenguk dia. Saya difahamkan kakak meninggal ketika sedang buat rawatan dialisis.

“Siapa yang tak sedih kehilangan kakak. Sekarang tinggal saya dengan abang Zulfazli dan kami pun masing-masing tak sihat,” katanya.

Zamani bagaimanap­un berkata, hidup perlu diteruskan dan dia bersyukur sempat pulang untuk menyelesai­kan urusan pengebumia­n kakaknya.

Jenazah Zuraidah yang juga

Saya difahamkan kakak meninggal ketika buat rawatan dialisis Zamani

ibu penyanyi Zynakal, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Taman Keramat, Kuala Lumpur pada jam 9 malam.

 ??  ?? ZAMANI (kanan) yang sebak kehilangan kakak bersyukur sempat pulang.
ZAMANI (kanan) yang sebak kehilangan kakak bersyukur sempat pulang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia