Harian Metro

Konstabel cedera tembak penyeludup

-

Kota Bharu:

Seorang anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berdepan detik cemas apabila diseret sejauh 100 meter (m) oleh pacuan empat roda sehingga melanggar tiang papan tanda di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, dekat sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi Jumaat lalu, pemandu kenderaan dipercayai penyeludup terbabit bertindak ganas ketika anggota berpangkat konstabel itu mahu membuat pemeriksaa­n.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa dan seorang lagi anggota mengesan dua pacuan empat roda di Kampung Limau Purut dipandu dalam keadaan mencurigak­an sebelum mengekori mereka.

“Kedua-dua pacuan empat roda itu berhenti di bahu jalan dan mangsa menghampir­i kenderaan berkenaan untuk membuat pemeriksaa­n sebelum pemandunya bertindak agresif dan cuba melanggar anggota terbabit.

“Mangsa sempat berpaut di tiang pintu kenderaan sebelah pemandu dan diseret sejauh 100m menghala Lubok Stol dan melanggar tiang papan tanda yang menyebabka­n mangsa terjatuh,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Shafien berkata, dalam usaha mempertaha­nkan diri dan mengelakka­n kecederaan parah, mangsa berusia 30 tahun melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan itu untuk memberhent­ikannya.

Katanya, mangsa yang luka pada siku, lebam di paha kanan serta calar di kelopak mata kanan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pasir Mas.

“Pacuan empat roda terbabit turut merempuh kenderaan dinaiki seorang lagi anggota PGA7 di lokasi awal sebelum meloloskan diri.

“Bagaimanap­un, anggota kami mengesan Isuzu Trooper yang turut digunakan suspek di Felda Kemahang, Tanah Merah, dekat sini, 10 malam tadi (kelmarin).

“Tiga suspek berusia 26, 40 dan 45 tahun ditahan dalam tangkapan berasingan pada malam hari kejadian dan tengah hari tadi (semalam),” katanya.

 ??  ?? SHAFIEN menunjukka­n kesan rempuhan kereta milik anggota PGA yang dilanggar kereta penyeludup.
SHAFIEN menunjukka­n kesan rempuhan kereta milik anggota PGA yang dilanggar kereta penyeludup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia