Harian Metro

Jurutera maut balik gunting rambut

-

Shah Alam:

Seorang jurutera maut manakala isteri serta dua anak selamat dalam kemalangan yang membabitka­n dua kereta di Persiaran Tun Teja, dekat Alam Impian, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian pada 3.45 petang itu, mangsa, Ahmad Safwan Sulian, 32, yang memandu Perodua Aruz maut di lokasi kejadian akibat parah manakala isterinya, Nur Syahirah Ismail, 33, cedera di kaki kiri.

“Kemalangan itu berlaku apabila kereta Proton Perdana yang dipandu seorang lelaki dari Persiaran Panglima Sultan hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar kereta mangsa yang datang dari Plaza Tol Alam Impian.

“Akibat itu Ahmad Safwan maut di tempat kejadian manakala isteri serta dua anaknya iaitu Damia

Husna, 5, dan Ahmad Adam Harraz, 3, terselamat dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatka­n rawatan.

“Pemandu Proton Perdana iaitu lelaki berusia 36 tahun yang turut cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan kini dirawat di zon merah,” katanya.

Beliau berkata, sampel darah lelaki berkenaan sudah diambil dan polis kini masih menunggu keputusan ujian sama ada pemandu itu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Dalam pada itu, Nur Syahirah ketika ditemui di rumah keluarga Ahmad Safwan memaklumka­n ketika kemalangan itu berlaku mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas arwah memotong rambut di Seksyen

19.

“Kebiasaann­ya

apabila kami berada berdekatan Seksyen 19, kami akan singgah di rumah ibu dan ayahnya, tetapi semalam kami tidak singgah kerana arwah mahu pulang dan mengambil dokumen yang tertinggal. “Tiada yang pelik pada kelakuan arwah cuma saya perasan yang dia bersungguh-sungguh menjaga kesihatan ibu dan ayah seperti membuat temu janji mengurut dan bekam untuk mereka,” katanya.

Nur Syahirah memaklumka­n bahawa dia dalam keadaan sedar ketika kemalangan itu berlaku dan menurutnya orang awam menyelamat­kan dua anaknya serta menariknya keluar dari kereta yang mana suaminya tersepit. Jenazah arwah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 pada 11.30 pagi semalam.

Dia bersungguh­sungguh menjaga kesihatan ibu dan ayah Nur Syahirah

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kereta Safwan yang remuk selepas dirempuh kereta dari arah Plaza Tol Alam Impian, semalam.
KEADAAN kereta Safwan yang remuk selepas dirempuh kereta dari arah Plaza Tol Alam Impian, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia