Harian Metro

Cuba bantu Mowgli Malaysia

-

Kuala Terengganu:

Kerajaan negeri cuba membantu bagi meringanka­n beban keluarga Muhammad Syukur Khamis, 15, susulan 57 ternakan kerbau mereka mati mengejut akibat diserang penyakit Haemorrhag­ic Septicaemi­a (HS) atau hawar berdarah sejak 9 September lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya akan mengenal pasti bentuk bantuan bersesuaia­n untuk keluarga terbabit.

“Saya akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dalam menentukan bantuan yang boleh diberikan kepada mereka.

“Kita ada Tabung Bencana yang boleh digunakan untuk membantu keluarga Muhammad Syukur yang menghadapi musibah berkenaan.

“Kita difahamkan lebih 50 ternakan kerbaunya mati kerana HS dan memang layak menerima bantuan tertentu,” katanya ketika melawat kandang kerbau milik keluarga Mowgli Malaysia itu di Kampung Kubang Bujuk di sini, semalam.

Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat berkata, pihaknya cuba membantu sebaik mungkin bagi meringanka­n beban kerugian yang dialami keluarga Muhammad Syukur.

“Sebelum ini, penternak ikan di Sungai Rengas yang mengalami kerugian kerana semua ternakan mati mendapat bantuan Tabung Bencana itu.

“Justeru, saya akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk membantu keluarga Muhammad Syukur juga,” katanya.

Sementara itu, Khamis Jusoh, 64, berkata dia amat mengharapk­an bantuan kewangan selepas separuh ternakanny­a mati diserang penyakit HS terbabit.

Katanya, ini adalah kali pertama dia mengalami kerugian besar sepanjang terbabit dalam bidang penternaka­n itu.

 ??  ?? MUHAMMAD Syukur memberi makan kerbau yang dikuaranti­n di kandangnya di Kampung Kubang Bujuk.
MUHAMMAD Syukur memberi makan kerbau yang dikuaranti­n di kandangnya di Kampung Kubang Bujuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia