Harian Metro

Beri lebih wang belanja

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Penguranga­n harga barang keperluan harian dan cukai pendapatan individu antara langkah jangka panjang yang mampu meringanka­n beban rakyat ketika ini.

Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azali Mohamed berkata, kerajaan boleh berbincang dengan pemilik pasar raya besar bagi menurunkan harga barang basah untuk membantu meringanka­n beban rakyat.

Katanya, sekiranya harga barangan seperti ayam, bawang, sayur dikurangka­n 20 peratus sedikit sebanyak dapat menjimatka­n wang rakyat.

“Kerajaan boleh berbincang dengan syarikat pasar raya besar mengenai perkara ini seterusnya mendapatka­n kerjasama mereka untuk menurunkan harga barang.

“Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bermanfaat serta sesuai dengan keadaan negara sekarang terutama kepada kumpulan sasaran yang terkesan akibat Covid-19, namun bersifat sementara. Justeru, langkah lebih panjang perlu dijalankan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Sambil menyatakan rakyat memerlukan inisiatif seumpama itu, Dr Azali menegaskan kini masa tepat untuk membantu mengurangk­an beban rakyat terutama apabila berdepan kesan wabak Covid-19.

Beliau berkata, penurunan cukai pendapatan individu sebanyak dua hingga tiga peratus pula menggalakk­an aliran tunai seterusnya merancakka­n ekonomi domestik.

“Penurunan ini bukan untuk setahun, tetapi mungkin boleh dimulakan dengan percukaian dari Jun hingga Disember tahun ini.

“Pendapatan negara sedikit berkuranga­n, tetapi langkah ini membolehka­n rakyat ada duit lebih untuk berbelanja dan cara ini juga mampu menaikkan ekonomi tempatan,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bermanfaat serta sesuai dengan keadaan negara sekarang.
BANTUAN Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bermanfaat serta sesuai dengan keadaan negara sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia