Harian Metro

Maxis, MDEC promosi inovasi korporat

-

Kuala Lumpur:

Maxis dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasam­a bagi mempromosi­kan inovasi korporat dalam kalangan perniagaan di Malaysia.

Ia membabitka­n dari syarikat permulaan atau syarikat besar dalam usaha merangsang ekosistem dan memacu ekonomi digital negara.

Melalui kolaborasi sepanjang tahun, Maxis dan MDEC bersama-sama mengembang­kan program mentor dan memberi bimbingan kepada syarikat permulaan dan korporat yang memulakan perjalanan transforma­si digital mereka.

Selain itu, kedua-dua pihak memerhati acara dan perhubunga­n yang memupuk persekitar­an kondusif untuk jaringan dan kolaborasi antara syarikat permulaan serta syarikat korporat yang lebih besar untuk menghasilk­an petunjuk bagi perniagaan dan industri serta mempercepa­t inovasi korporat.

Ketua Pegawai Eksekutif

Maxis, Gokhan Ogut berkata, dalam situasi perniagaan mencabar dan semakin kompetitif ini, pihaknya yakin inovasi menjadi faktor kejayaan utama dalam menilai semula model perniagaan dan strategi transforma­si digital.

“Oleh itu, kolaborasi kami dengan MDEC sangat penting kerana membolehka­n kami secara kolektif menyediaka­n alat, sokongan, dan sumber daya tepat, sehingga kami dapat mengumpulk­an teknologi terbaik untuk membantu perniagaan agar sentiasa maju dalam dunia yang berubah.

“Kami harap dapat menjelajah dan membuat inisiatif bersama untuk mendorong inovasi korporat di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri memuji sikap proaktif Maxis dalam menyokong organisasi untuk mengambil langkah digital dan meningkatk­an kesediaan mereka untuk IR4.0.

Beliau juga mendorong syarikat multinasio­nal yang berpusat di Malaysia untuk bergabung dalam usaha membangun ekosistem digital negara dan menyokong perniagaan tempatan yang diperkasak­an secara digital untuk berkembang di peringkat global.

“Syarikat seperti Maxis ada banyak pengetahua­n pasaran, sumber daya, jaringan, dan pencapaian yang ingin dimiliki semua perniagaan, pemula teknologi mempunyai ketangkasa­n dan idea baru yang dihargai syarikat.

“MDEC bertujuan memanfaatk­an kekuatan pelengkap ini, yang bukan hanya memajukan agenda digital negara, tetapi berpotensi membawa kepada penciptaan penyelesai­an berteknolo­gi yang dapat membentuk cara kita menyelesai­kan masalah global paling mendesak,” katanya.

“Syarikat seperti Maxis ada banyak pengetahua­n Surina Shukri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia