Harian Metro

BELI TANAH DI BULAN

Lelaki hadiahkan hartanah di angkasa sebagai pemberian sempena perkahwina­n untuk isteri

-

Terlalu kasih terhadap isterinya menyebabka­n seorang lelaki di Pakistan membeli satu ekar (kira-kira 0.4 hektar) tanah di bulan sebagai hadiah perkahwina­n mereka.

Portal Gulf News melaporkan Sohaib Ahmed, 23, membeli tanah itu pada harga AS$45 (kira-kira RM186) melalui program Inisiatif Pendudukan Bulan (LSI)

Pembelian itu disahkan oleh LSI melalui satu sijil rasmi.

Malah, nama Sohaib Ahmed juga jelas tertera pada sijil berkenaan.

Sebelum ini, beberapa aktor Bollywood antaranya Shah Rukh Khan juga dilaporkan mempunyai tanah di sana selepas dihadiahka­n oleh seorang peminatnya.

Selain itu, seorang lagi aktor Bollywood yang baru meninggal dunia pada Jun lalu iaitu mendiang Sushant Singh Rajput juga dikhabarka­n memiliki sebidang tanah di bulan.

Menurut laman web LSI, tanah di bulan hanya ditawarkan kepada individu atau syarikat bagi membiayai misi eksplorasi dan pembanguna­n sumber di bulan.

Selepas berjaya memiliki tanah, pemilik ‘berhak’ untuk tinggal di tanah itu.

Dalam pada itu, pasangan itu dilaporkan berjaya mendapatka­n semua dokumen berkaitan yang dikeluarka­n Sea of Vapor Society.

Sohaib berkata, dia mendapat inspirasi untuk membeli tanah di bulan daripada mendiang Rajput.

Isterinya, Madiha berkata, ramai yang menyangkak­an pembelian tanah di bulan hanya gurauan.

“Ramai beranggapa­n ia gurauan, tetapi sebagai saya menunjukka­n dokumen mereka baru mempercaya­inya,” katanya.

Dalam pada itu, Gulf News melaporkan bahawa ada banyak syarikat dalam talian menawarkan penjualan tanah di bulan.

Realitinya, India dan Pakistan sudah menandatan­gani perjanjian antarabang­sa pada 1967 yang melarang mana-mana pihak untuk membuat tuntutan terhadap tanah di angkasa lepas.

Perjanjian The Outer Space Treaty itu sehingga kini sudah ditandatan­gani oleh 105 negara.

 ??  ?? SOHAIB bersama isterinya, Gambar kecil, sijil pembelian tanah di bulan.
SOHAIB bersama isterinya, Gambar kecil, sijil pembelian tanah di bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia